Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 17, 2010

Diliwat di masjid

Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul,  pagi semalam. Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.


Mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga. Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.


Kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa. “Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa". Mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.


Mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa. Mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit. Ketika itulah dia  sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan”.


Berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan. “Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal. Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan”. Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.


***apa punya manusia. sudahlah buat kerja tak senonoh dalam masjid dalam bulan puasa pulak. macam ni kita pun pening, rumah Allah tempat suci, tempat beribadat, si malaun tu boleh buat kerja gila macam tu*** 



sgkasai


6 ulasan:

  1. cara pukau? can i fcuk u!? terus bukak baju? kahkahkah

    belum pukau da pakai towel

    kahkahkah

    BalasPadam
  2. JAIS seharusnya juga menjalankan siasatan terhadap peliwat ini, kenapa napsu melebihi binatang ini menguasai peliwat ini. Punca tersebut boleh dijadikan asas bagi tindakan JAIS mencegah atau mengawal perbuatan ini dari terus berlaku.

    Pegawai JAIS wajib menganggap mangsa adalah anak/saudara/bapa mereka, barulah timbul keazaman untuk mencari jalan penyelesaian...

    Fikir2kan lah

    BalasPadam
  3. tu kawan nuar jubo la tuu...

    tapi puak2 pro jubo kata naper tak sepak peliwat tuu....kan badan besar, ada muscle nape tak lawan. hahaha...

    otak dah kena liwat, nak buat mcmana...

    zek

    BalasPadam
  4. ye le macam kes anak yg dirogol bapa selama 10tahun. kenapa baru 10thn baru buat report. kenapa tak jerit..kenapa tak beritahu mak...atok....sedara.....sepupu,....kwn2 skolah. macam tu la kalau org jahat mcm anwar gunakan kuasa utk kuasai mangsa.

    BalasPadam
  5. camne ilmu pukau bole jadi dalam bulan puasa ni?dalam masjid plak tu...

    BalasPadam
  6. pasai smua ni.... kesalahan pemimpin kami..yg mnyebabakan kami jd begini...najib atuya

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive