Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 07, 2010

Hubungan romantis: Saiful, Farah diheret

Perbicaraan liwat II menjadi semakin 'panas' apabila pihak pembelaan kini cuba memaksa timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan pengadu yang diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan ke kandang saksi berhubung 'hubungan romantis' mereka.

PeguNONEam utama pihak pembelaan, Karpal Singh berkata permohonan akan dibuat apabila hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pendakwaan berkenaan.

Tindakan itu diambil berikutan jawapan dalam bentuk afidavit oleh pihak pendakwaan tidak menyentuh berhubung kebimbangan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Farah Azlina dan Mohd Saiful menjalinkan hubungan romantis.

Pada Isnin lalu, Karpal mencabar kedua-dua mereka memfailkan afidavit bagi menjawap tuduhan hubungan berkenaan dan memandangkan tiada yang diberikan. Justeru, Karpal berkata Anwar mengandaikan apa yang diperkatakan mengenai hubungan itu adalah betul.

"Saya terkejut tidak ada afidavit daripada kedua-dua mereka...Malah, Peguam Negara sepatutnya mengarahkan Farah dan Saiful untuk mengemukakan afidavit masing-masing,” kata Karpal.

Hubungan romantis itu dijangka memberi kesan ke atas perbicaraan yang berlangsung kerana ada kemungkinan ia mencabuli Akta Rahsia Rasmi 1972, kerana Saiful yang mempunyai hubungan dengan Farah mempunyai akses kepada dokumen pendakwaan.

Perkara itu kini di bawah siasatan polis setelah laporan dibuat oleh Anwar.

Pada Rabu lalu, pihak pendakwaan memfailkan dua afidavit dalam bentuk jawapan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira - yang menafikan Farah dan Saiful mempunyai akses kepada dokumen penting seperti kenyataan saksi dan laporannya.

MK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/8/10 8:09 PG

    Bicara dah lari tajuk, dari Liwat kepada lewat dan kepada hubungan romantis. Amuar cemburu kat Saiful ke?. Itu lah kalau asyik Tangguh, nanti hakim pulak kena tuduh ada hubungan romantis dengan pendakwaraya. Ha ha ha ha. Kalau bersumpah laknat kan mudah ?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive