Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 09, 2010

Pemimpin Umno Selangor Bercakaran, Keuntungan KKSB Melambung

Oleh Frederick Luccas


SHAH ALAM 9 Ogos - Serangan politik dan tohmah yang dilemparkan oleh Umno Selangor terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhubung isu perlombongan pasir kini terbukti memakan diri sendiri apabila anak syarikat yang bertanggungjawab dalam sektor perlombongan pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) menunjukkan prestasi terbaik dari segi keuntungan pada bulan Julai lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata perkembangan terkini yang amat memberangsangkan ini membuktikan keberkesanan dasar hasil daripada perlaksanaan prinsip ketelusan dan keadilan oleh kerajaan negeri dalam sektor perlombongan pasir di Selangor.
"Yang menang dalam perlaksanaan dasar ini ialah rakyat Selangor kerana pada bulan lalu kita dapati terdapat satu peningkatan yang cukup luarbiasa daripada penjualan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan ini merupakan sesuatu yang amat menggembirakan.
"Peningkatan ini menunjukkan para peniaga pasir kini sudah kenal yang mana satu pelombong haram, maka mereka bertindak meninggalkan penjual pasir haram dan membeli daripada KSSB. Dengan keuntungan sebegini, lebih banyak dana dapat disalurkan kepada kerajaan negeri yang akhirnya akan sampai kepada rakyat Selangor," kata Shuhaimi kepada Suara Keadilan.
Shuhaimi bagaimanapun tidak memperincikan jumlah keuntungan yang diperolehi KKSB.
Beliau berkata dalam keadaan kucar kacir pemimpin Umno Selangor berbalah sesama sendiri mengenai isu pasir, rakyat Selangor mengecap manfaat daripada kemajuan yang ditunjukkan oleh KKSB.
Tambah Shuhaimi beliau ceramah 'Selamatkan Selangor' anjuran Umno terpaksa menggunakan isu pasir untuk menarik perhatian tetapi sambutan amat dingin dengan hanya dihadiri kira-kira-kira 200 orang sahaja.
Katanya lagi, Umno-BN Selangor kelihatan seperti menepuk air didulang, kerana isu pasir adalah perkara yang tidak patut dipolitikkan tetapi disebabkan bergaduh sesama mereka, pemimpin Umno terpaksa menggunakan isu tersebut sebagai medium.
"Saya hanya ingin katakan satu sahaja, usah pedulikan mereka. Walau bagaimana sekalipun permainan politik dan propaganda Umno-BN, rakyat Selangor sudah ada satu 'mindset' bahawa juara curi pasir di Selangor ialah Umno-BN sendiri, jika bukan Datuk Seri Dr Khir Toyo, maka Datuk Seri Noh Omar.
"Isu ini berlegar-legar di kalangan Umno-BN sahaja. Biarkanlah mereka terjun bersama labu-labu mereka kerana kita kini tidak perlu menerangkan apa-apa lagi kepada rakyat kerana mereka sudah faham situasi sebenar," tegas Shuhaimi.
Bercakap mengenai perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB, Shuhaimi menyifatkan ia sebagai satu tanggungjawab dan amanah berat yang harus dipikul sebaik mungkin agar hasrat kerajaan negeri Selangor menjayakan sistem pengoperasian pengeluaran pasir yang berbeza dengan kerajaan BN terdahulu dapat direalisasikan.
"Ini bukanlah satu keistimewaan, dan perlu diingatkan bahawa apapun usaha tidak mungkin dilaksanakan oleh saya seorang, ia merupakan hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah dan pengerusi lembaga pengarah yang memantau operasi pengeluaran di KSSB.
"Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor tanggungjawab saya ialah menyertai mesyuarat lembaga pengarah KSSB, membincangkan penyelesaian terbaik, mengoptimakan pengeluaran untuk mendapatkan keuntungan, yang mana akhirnya akan disalurkan kembali kepada rakyat Selangor," jelas beliau lagi.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive