Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 09, 2010

Tok Guru Nik Aziz Bertanding Parlimen Pada PRU Akan Datang

Oleh Zolkharnain Abidin


PAS ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Melayu kerana Umno tidak berupaya melakukannya. Umno tidak mampu menyatu-padukan ahlinya sendiri, jadi bagaimana parti itu mampu menyatupadukan rakyat.

Sikap pemimpin Umno pada hari ini juga menghalang perpaduan. PAS tetap dijadikan sasaran kritikan, kutukan dan tohmahan di media massa. Umno tidak pandai mengambil hati PAS.

Dalam isu royalti minyak Kelantan misalnya, MB Kelantan telah menghantar tiga pucuk surat kepada PM tetapi sehingga kini satu surat jawapan pun belum diterima.

Track record pemimpin yang tidak baik menjadikan PAS perlu mengasingkan diri daripada mereka. Namun begitu kerjasama PAS – Umno akan berjaya direalisasikan jika PAS mengambil alih pemerintahan negara.

Pada waktu itu Umno akan lebih bersungguh-sungguh untuk bersatu. Umno pada waktu itu mungkin akan lebih serius dengan agenda ini berbanding sekarang yang lebih banyak bersandiwara dan tidak serius.

Peranan orang tengah untuk menyatupadukan PAS – Umno juga tidak betul. Sikapnya lebih sudu daripada kuah, tidak menjaga rahsia dan tidak tenang dalam mengendalikan isu ini.

Walau pun PAS punya kekuata sendiri, PAS akan tetap berkawan dengan DAP dan PKR kerana PAS bukan sekadar berpolitik tetapi juga berdakwah. Berkawan dengan mereka membuka ruang dakwah yang lebih luas dan peluang Islam menyerlah lebih terbuka.

Kalau Umno pelik mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP, Umno sepatutnya berfikir mengapa dia tidak boleh berkawan dengan DAP. Berkawan dengan DAP adalah keberanian politik PAS yang membuktikan kematangan dan keterbukaan.

Mengenai pilihanraya, sepatutnya tarikh pilihanraya diisyaratkan lebih awal untuk memberi peluang semua parti politik membuat persediaan patut.

Kalau negeri Sarawak boleh membuat pilihanraya berasingan, tidak mustahil Kelantan, Kedah, Selangor juga boleh melakukannya.

Berkaitan kedudukan Tok Guru Nik Aziz pada PRU akan datang, sepatutnya Tok Guru terus bertanding di peringkat parlimen. Beliau adalah ikon masyarakat yang patut terus berada di persada politik negara.

Kalau rajin baca sini.

DD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive