Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 09, 2010

WIRA BANGSA MELAYU HASIL DIDIKAN UMNO! (Wajib baca)

Apabila Pencetus Huru-Hara Digelar Wira (Mesti Baca!!)

GEORGE TOWN, 8 Ogos — Datuk Ahmad Ismail yang memutuskan untuk tidak bertanding semula pada pemilihan baru, yang khusus diadakan bagi membolehkannya kembali sebagai Ketua Umno Bukit Bendera, dikurniakan gelaran Wira Bangsa Melayu dan Bintang Perkasa Melayu Jati, hari ini
Kahkakhakhah Torok depa ini orang leh dapat Wira Bangsa Melayu ngan Bintang Perkasa Melayu Jati.... Lepas nih Shahrukh Khan pun leh dapat title Wira Hindustan dan Bintang Jula Juli Perkasa Hindustan... kahkahkah 


Ini pun WIRA MELAYU jugak.. kahkahkah


Mari kita imbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh seorang pemimpin UMNO untuk mendapat gelaran'Wira Bangsa Melayu' di sini dan juga di sini.


Hari ini, kita tidak merasa hairan apabila seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pencetus isu perkauman telah dikurniakan gelaran 'Wira Bangsa Melayu', kerana kita sudah sedia maklum bahawa hanya dengan menggunakan isu perkauman, parti ketuanan malayu akan terus survive. Kemuncaknya, Orang-orang cina dikatakan 'kaum pendatang' dan gambar seorang pemimpin berketurunan Cina dikoyak dengan penuh emosi.


Ini adalah pencetus perkauman ! Racist !! Rakyat bakal menjadi mangsa sekiranya berlaku provokasi balas dari kaum Cina pula, sedangkan pemimpin bertanggungjawab akan menghilangkan diri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin pembangkang akan dihumban ke penjara tanpa bicara Kamunting sepertimana yang berlaku pada ops lalang akhir 80an.


Sebelum ini juga kita rakyat Malaysia menjadi saksi betapa sekumpulan pencetus perkauman hanya dikenakan hukuman yang cukup ringan iaitu seribu serba satu. Sedangkan peristiwa memijak kepala lembu di hadapan SUK Selangor yang merujuk kepada isu kuil ketika itu sedikit sebanyak mengguris penganut agama hindu di negara ini, kerana lembu adalah haiwan suci bagi penganut hindu. Dengan memijak kepala lembu tersebut, apakah yang bakal berlaku sekiranya kaum hindu membalasnya dengan memijak naskah suci agama kita?


Mujurlah keakraban dan istiqomah yang wujud di antara Melayu, Cina dan India dalam memerangi provokasi dari parti racist,berjaya mematahkan sebarang cubaan untuk mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei. Rakyat semakin matang dalam menilai umpan-umpan yang sudah lapok ditajur oleh gerombolan yang semakin terdesak.


Pada hemah saya, kita sebagai orang melayu yang beragama Islam harus memberikan contoh terbaik kepada kaum-kaum lain supaya mereka sentiasa berasa selamat di bawah sebuah negara yang majoritinya orang Islam dan juga pemimpinnya Islam. Segala kelebihan yang ada pada bangsa lain itu harus dipelajari oleh orang melayu, justeru mengambil peluang untuk bersaing dengan lebih progresif. Apakah hasil yang bakal orang melayu perolehi sekiranya asyik mengundang perbalahan kaum lain, membuli kaum lain, mengambil kesempatan ke atas kaum minoriti, disebalik beberapa permintaan di atas nama 1Malaysia itu sendiri.


Mengapa tidak setiap permintaan kaum lain itu diperhalusi atas faktor hidup sesama bangsa di bumi Malaysia? Sekiranya ia menyentuh hak keistimewaan orang melayu sekalipun, maka apakah kita tidak boleh bertindak lebih 'check and balance'agar kekurangan yang ada pada bangsa melayu setelah 50 tahun merdeka boleh diperbaiki dengan faktor-faktor yang lebih membantu. Jangan biarkan hak keistimewaan orang melayu itu tepu, mungkin sedikit modifikasi bertemakan give and takemampu melonjakkan bangsa melayu ke tahap yang lebih hebat dalam bersaing dengan bangsa lain.


Kita punya banyak cara untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Bukan hanya dengan mengundang pergaduhan demi memungut semangat perpaduan antara melayu. Bersetujulah jika saya katakan, ungkapan 'jaguh kampung' itu bukanlah satu bidalan yang positif secara teori mahupun praktikalnya.


Percayalah, kesempitan hidup yang dilalui oleh kebanyakkan orang melayu sedikit sebanyak membawa kepada perasaan kurang senang terhadap bangsa lain yang berjaya, sedangkan kita tidak sedar kesempitan hidup yang dilalui itu sebenarnya memudahkan barisan gerombolan meraih sokongan dengan slogan "Hidup Melayu". Di atas kekurangan bangsa kita, kesempatan di ambil oleh gerombolan parti perkauman demi memperkuatkan sokongan ke atas mereka dengan menabur rencah-rencah yang cenderung perkauman hanya kerana kedudukkan mereka yang tercabar.


Kedudukkan bangsa melayu harus tetap terjamin sekiranya bersama-sama menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan, bukan hanya berdadakan bangsa semata-mata. Keadilan yang terserlah dalam sistem pemerintahan Islam itu sendiri seharusnya memikat bangsa lain apabila ia memawarkan ketelusan dalam pentadbiran di peringkat negeri dan pusat. Selagi keadilan dan hak kaum lain terjamin, selagi itulah kedudukkan orang-orang melayu yang beragama Islam terjamin. Bukan sekadar ketuanan melayu semata-mata.


Untuk hidup berjaya dan makmur dalam konteks negara ini, pergaduhan dan permusuhan bukanlah satu opsyen yang popular. Adalah wajar untuk kita menjauhkan diri dari hasutan-hasutan yang membawa rebah dan adalah wajar untuk kita menjauhkan diri dari agen dan anasir parti perkauman serba sempit.


Berbalik kita kepada ceritara sang wira. Hari ini, telah jelas terbukti bahawa definasi wira pada mata ahli UMNO adalah individu yang telah membuat percubaan untuk mencetuskan huru-hara antara kaum. Pada mata rakyat yang sudah celik, 'Wira Bangsa Melayu' itu hanyalah berstatus 'wira taik kucing'.




EDYES - 9 OGOS 2010 - 1.17am



bagindareformasi


2 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/8/10 5:06 PTG

    Wira perkasa jubuq lahh.

    BalasPadam
  2. Wira perkasa pa dia??
    wira perkasa kutti kacang dhal!!
    banggang lar sapa dok 'angkat' malaun nih sampai jadi WIRA.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive