Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 13, 2010

1 maut, 2 kritikal


KUALA LUMPUR – Seorang maut, dua kritikal manakala seorang cedera ringan selepas diserang dan ditembak seorang suspek dari jarak dekat dalam tempoh kira-kira 10 saat, di sebuah gerai dim sum di Batu 3, Jalan Ipoh, Sentul, di sini, awal pagi, semalam.

:Kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 4.40 pagi, ketika keempat-empat mangsa lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an dikatakan sedang makan di hadapan kedai terbabit sebelum didatangi seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

:Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek yang keluar kenderaannya dikatakan terus bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah semua mangsa sebelum melarikan diri.

“Tiga das tembakan yang dilepaskan mengenai beberapa bahagian anggota badan seorang mangsa menyebabkannya cedera parah sebelum disahkan mati ketika tiba di hospital.

“Dua mangsa lagi dilaporkan kritikal akibat terkena tembakan yang sama di bahagian lengan, bahu serta kaki manakala seorang lagi hanya cedera ringan dan mereka menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya, semalam.

sinarharian





1 ulasan:

  1. keselamatan negara kita sudah teruk polis asyik duk jaga hal politik jenayah tidak dipedulinya

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive