Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 02, 2010

Anwar: Wujud Trend Najib Berusaha Sogok Wakil Rakyat



PUTRAJAYA 1 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud trend jelas Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk menyogok seberapa ramai wakil rakyat Pakatan Rakyat secepat mungkin.

Beliau sekali lagi mendesak institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang di amanahkan, tanpa menutup mata kepada kecurangan pemimpin Umno.

“Saya tidak faham kenapa mereka melakukannya dan ia agak sukar untuk saya memahaminya kerana tiada alasan, kami tahu Najib dan Rosmah cuba membeli orang secepat yang mungkin.

“Yang Berhormat Azam dari Indera Mahkota ada menyatakan pemimpin Umno ada membuat pertemuaan diantara mereka dan menawarkan wang dan kedudukan, apa juga yang mereka mahu dan segalannya. Jadi kami mengingatkan anggota kami bahawa kita tidak boleh jadi seperti itu,"katanya.

Namun Anwar berkata parti parti politik seperti PKR dan rakan-rakan akan sentiasa terdedah kepada pemimpin yang sanggup menjual maruah diri dan membelakangkan rakyat demi kepentingan peribadi.

"Lihat DUN Perak, mereka takut kepada SPRM, mereka dibawa ke rumah Najib dan kini mereka hidup dengan mewah. Jadi kalau dalam perjuangan sudah tentu ada masalah dan secara kebetulan orang yang meninggalkan parti ini hidup lebih mewah, sepatutnya SPRM harus perhatikan,"katanya.

Hakikatnya pakatan rakyat malah seluruh negara kini terdedah kepada pemerintahan sebuah parti yang di tunjangi oleh pemimpin rasuah yang sanggup memperalatkan institusi-institusi awam demi mengekalkan kuasa politik yang masih ada pada mereka.

"Sebab asas dalam Umno dan Barisan Nasional adalah teruk. Tidak bolehkah mereka nampak korupsi besar dalam Umno? Adakah mereka lupa perbicaraan? Adakah mereka lupa suruhanjaya yang mereka katakan? Adakah mereka lupa prinsipal urus tabdir baik?,"katanya.

tvs





1 ulasan:

  1. Anwar dan Juak-juak Anwar dok main sandiwara kononnya apa yang berlaku di dalam PKR sekarang adalah proses pembersihan parti mereka. Ini Sigmund Freud, mahaguru psikologi panggil 'denial syndrome'. Sindrom penafian. Menafikan segala kelemahan diri sendiri. Dan lebih teruk penyakit mental ini apabila kelemahan diri sendiri dinafikan, tetapi mempersalahkan ke atas orang lain. seumpama apabila bini main kayu tiga dipersalahkan mamat yang main bini dia walhal dia sendiri tak mampu nak layan bini dia. bini pun salah, mamat tu pun salah, diri sendiri lagilah salah. Kalau dah tau lemah kenapa tak cari ubat, perbetul diri sendiri.

    Apa logiknya proses pembersihan sekiranya yang keluar tu bukannya disuruh keluar atau dipecat atau disingkir oleh PKR. Mereka sendiri umum keluar kerana HILANG KEYAKINAN terhadap PKR, perjuangannya, matlamatnya yang terpesong, pentadbirannya yang lemah, kepimpinannnya khususnya HILANG KEYAKINAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM. Episod ini bukan proses pembersihan PKR atau Pakatan Rakyat, ini krisis dalaman parti mereka yang dinafikan oleh Anwar; malah sedikit sebanyak diakui Anwar dia SILAP masa pilih calon. Ini menunjukkan kelemahan diri Anwar sendiri dan PKR. Bila main tangkap muat letak calon, maka inilah akibatnya.

    Tiada proses pembersihan parti dilakukan oleh PKR. Sekiranya PKR benar-benar ingin membersihkan partinya maka sudah lama Zulkifli Nordin di pecat atau disingkirkan dari PKR. Kenapa ianya tidak berlaku? Zul Nordin masih bersama PKR hanya kerana masih sayang dan yakin dengan Anwar walaupun tidak lagi yakin dengan PKR sebagai parti dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

    Anwar dan PKR tidak berani mengambil risiko hilang wakilnya di Parlimen untuk memecat Zul Nordin. Begitu juga Wee Choo Keong. Sehingga hari tiada seorang pun yang dikatakan pembawa masalah kepada PKR dipecat atau disingkirkan oleh PKR. Semua yang meninggalkan PKR adalah mereka yang hilang keyakinan terhadap Anwar dan PKR dan ini dilakukan secara sukarela; walaupun Anwar menuduh ada orang lain yang mempengaruhi mereka. Jika tuduhan ini benar sekalipun ia hanya menunjukkan bahawa orang lain lebih berkemampuan dari Anwar untuk memberi keyakinan kepada mereka. Orang Anwar sendiri sudah HILANG Keyakinan terhadap Anwar.

    Sudahlah Anwar! Orang dok keluar kononnya memantapkan parti. Apa logiknya. Parti politik kuat kerana sokongan ramai, tapi kalau dah ramai lari keluar parti apa mantapnya lagi parti....Kalau Najib sogok, Anwar sodok pula.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive