Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 11, 2010

Biaq pi kat dia, biaq dia termalu sendiri

Orang yang gila glamor hanya mahukan publisiti tak kira la murah atau mahai. Tiap kali bila dia bukak mulut, dia mengharapkan lawannya akan turut sama bergusti mulut dengannya. Diharapkan dengan pertikaman lidah ini, namanya akan sentiasa meniti dibibir orang ramai dan terletak cantik dimuka hadapan akhbar penjilat bangsa Umno keesokan harinya.



Dalam soal ni, aku tabik spring la kat Sdr Mahfuz kerana enggan layan langsung dakwaan 'badut hingusan' Zul Kulim baru baru ini. Dia yang tengah glamor gila kerana berani kekononnya menentang arus demi sebuah perjuangan dalam PKR telah mendakwa wujudnya 'badut hingusan' dalam PAS yang merujuk pada beberapa susuk yang keras menentang kemasukan Zul kedalam parti Islam terbesar negara itu.



"Layan buat apa. Biar dia melalak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini,



Itu yang sebaiknya. Jangan dok layan orang yang cari makan dengan hanya suka bergusti mulut dari bekerja. Biaq pi kat dia, biaq dia termalu sendiri. Tindakan PKR yang memecatnya dari parti itu tepat dan perlu disokong dengna memulau terus, jangan dilayan langsung. Pastikan organisasi kita tidak membuang masa bertekak tanpa faedah dengan orang yang sesat jalan. Kita perlu bekerja keras memenangi kepercayaan rakyat semula bagi merampas kembali kerusi yang telah khianat dan terpecat ini.

shalehudin.blogspot.com




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive