Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 02, 2010

“Fairus keluar PKR… pernah tuntut RM15,000 sebulan?” - Dr Syed Husin Ali

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Sikap tindak-tanduk bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairudin yang nekad keluar parti, lalu membuat pelbagai tuntutan sebelum ini, amat dikesali oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya sekali gus membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

"Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu. Lagipun parti kami tidak mampu berbuat demikian," kata beliau dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

Diberi RM4,000 sebulan kerana kasihankan keluarganya

Beliau berkata, di atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya yang seorang baik hati, lalu Fairus diberikan 'kerja' dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000.

"Beliau tidak puas hati, dan oleh itu beliau terus memburukkan pimpinan parti. Kini, beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

"Fairuz memberi alasan keluar parti atas alasan kaum dan agama kerana tindakannya itu. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Dr. Syed Husin lagi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), tambah beliau, perlu bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Fairus akhirnya bertindak keluar meninggalkan parti itu.

"Sejak beliau menyertai kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga kini, beliau adalah bebanan kepada kami," tambah beliau.

Menurutnya, Fairus tiada pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana ketika itu beliau sdang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan prestasinya tidak begitu memuaskan.

erapakatan





2 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive