Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 07, 2010

Fenomena politik 'Perak 2' bermula: Zaid


SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu kini berhadapan fenomena politik ‘Perak 2' di mana beliau percaya ada ramai lagi pemimpinnya akan keluar parti dalam masa terdekat.

Katanya, UMNO akan menggunakan apa jua cara termasuk mempengaruhi beberapa orang lagi Ahli Parlimen PKR untuk menyokong parti pemerintah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

“UMNO menyerang PKR bertubi-tubi supaya BN dapat mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen. Dengan kuasa dua pertiga itu, mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan, boleh ubah suai kawasan Parlimen.

“Sekarang bukan saja ada ‘Sodomy 2’ tetapi kita juga berhadapan dengan fenomena politik 'Perak 2' di mana apa yang terjadi di Perak sudah pun bermula di peringkat Pusat.

"Fenomena menggunakan wang, sogokan dan imbuhan ditawarkan untuk orang-orang PKR agar berpaling tadah,” katanya dalam blognya :myzaidibrahim.wordpress.com:.

Menurutnya, perkara ini bukanlah kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan PKR sebaliknya ianya benar-benar berlaku.

“Memang ada aspek tertentu dalam pengurusan parti yang perlu kita perbaiki. Walaupun beberapa pem:impin parti melompat, sebenarnya sokongan rakyat bertambah. Inilah kekuatan kita yang sebenar, perpaduan yang kukuh dan ikhlas,” katanya.

Beliau yakin setelah fenomena pemimpin lompat parti ini selesai, PKR akan kembali tenang dan lebih :kuat lagi.

sinarharian





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive