Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 13, 2010

Gigitan cinta ustazah khalwat

JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.


Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.


Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.


Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

“Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.


“Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim,” katanya.


Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.


hmetro




7 ulasan:

  1. apa nak bukak aib orang.Pelik org islam minat buka aib org.Aku nak minta nas dalam kitab suci ko org dan hadis nabi ko org.Adaka boleh buka aib org.....Ini masalah peribadi..dia tak buat maksiat depan mata ko org...awas..tuhan lg marah pada org yg suka membuka aib org dari org yg dituduh membuat aib...Tanggunglah derita ko org di lubang neraka yg sangat dalam itu janji tuhan pada ko org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama6/1/14 7:25 PTG

      kau orang kafir... jangan lebih2 marah ajaran Islam,.. nanti sebelum kau mati dan masuk neraka, tuhan aku dan tuhan orang Islam akan potong kepala kau

      Padam
  2. pada anon 10.34
    ini bukan buka aib namanya,cuba berfikiran positif sikit,paparan ini mgkin salah satu cara utk kita menakutkan orang lain dari perbuatan keji.hukuman sebat dalam islam dilaksanakan dikhalayak ramai, adakah hukuman begini pun saudara nak kata buka aib orang?kalau saudara rajin baca AL-Quran saya puji sikap anda tapi kalau setakat baca saja tapi tak faham maksud tak guna jugak sebab turunnya Al Quran bukan utk dibaca saja tapi diamalkan keseluruhannya isi yang terkandung dalam Al Quran tu.jadi dalam kes ustazah ni ada ayat Al Quran yang menyebut "jangan kamu hampiri zina"maka apabila kita berdua2an antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya disini orang ketiga iaitu syaitan.salah ka betul ka itu bukan pokok ceritanya.Tapi perbuatannya dia memang patut menerima hukuman dari segi hukum fekahnya,tapi kalau disisi ALLAH dia benar atau salah itu hak ALLAH untuk menentukannya.kalau tak faham hukuman dalam islam lain kali jangan main hentam ikut nafsu saja.

    BalasPadam
  3. Kalau dah kena tangkap dgn penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor ....ertinya sudah habis aib.

    Yg tak boleh ialah ...menuduh orang tanpa bukti.

    Kalau dah tahu maksiat yg ada, laporkan kpd pihak berkuasa..memang tugas mereka menyiasat dan menangkap...senang cerita.

    Pastikan perumahan kita bebas dari MAKSIAT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama6/1/14 7:27 PTG

      lebih daripada berpuluh2 orang Islam saksikan depan mata,.. walaupun kita tak tahu mereka beriman atau tak,kalau hakim dan menteri ada sekali lagi sedap dan lancar hukuman

      Padam
  4. bergantung pd mentaliti si pmbaca... majoriti mgkin mganggap ia adalah satu pengajaran kpd smua bhw Allah swt tidak akan mbiarkan kejahatan bterusan.klu x aib di dunia, di akhirat kelak LAGI dahsyat. kdudukannya sbg guru agama yg blajar smpai ke Timur Tengah, mgajar org ttg agama Allah.. mmbuatkan org insaf dan beristighfar bebanyak2. tp mgkin jg sebilangan besar org beranggapan story mcm ni ada entertainment value.. kan org kita ni suka nengok melodi 3, dsbnya.. budaya bergosip dah berakar-umbi...

    BalasPadam
  5. Sepatutnya dihukum rejam atau sebat dikhalayak ramai tapi nasib baik hukuman diringankan. Sebagai pengajaran dan pedoman tak apa diceritakan. Maknanya nafsu tidak mengenal sesiapa. Jadi kuatkan iman.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive