Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 08, 2010

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 15

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun enam bulan maut selepas terjatuh dari tingkat 15 yang menempatkan rumahnya di Apartmen Plaza Prima, Kepong di sini petang Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika mangsa, Mona Lisa Kahder Safwan yang berada di rumah bersama-sama ibunya, Umi Shara, 30-an, dipercayai terjatuh dari tingkap rumahnya ketika ibunya sedang membasuh pakaian.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata anak tunggal kepada pasangan suami isteri warga Lubnan dan Indonesia itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di wad kecemasan Hospital Selayang.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, seorang peniaga nasi lemak di hadapan apartmen 16 tingkat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siah, 30-an, berkata beliau ternampak kanak-kanak malang itu melayang sebelum terjatuh ke atas bonet sebuah kereta yang berada di tempat letak kereta apartmen tersebut.

"Saya nampak ada benda melayang dari atas, bila terjatuh di atas bonet kereta itu, alangkah terkejutnya saya bila melihat kanak-kanak perempuan dalam keadaan nazak," katanya ketika ditemui di sini.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru bangun dari tidur dan tingkap di bilik tidurnya tidak mempunyai jeriji besi.

-- BERNAMA




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive