Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 04, 2010

Kenyataan Rais satu pujian: Nurul Izzah


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Rais Yatim yang mengatakan keluarga Anwar menguasai PKR sebagai satu pujian.

Menurutnya, walaupun ramai pihak menuduh beliau memperoleh banyak kontrak hasil hubungan kekeluargaan dengan Anwar, namun beliau menegaskan tidak pernah diberi satu kontrak pun daripada ayahnya.

Katanya, kenyataan seperti itu jelas hanya mainan politik semata-mata mahu memecahkan kepimpinan dalam PKR dan beliau yakin pemimpin PKR sejati tidak akan termakan dengan kenyataan dikeluarkan Rais.

“Pada krisis 1998-1999, kami anak-beranak bersama-sama PKR ketika parti tersebut dipanggil Keadilan, kami berjuang dari peringkat permulaan sehinggalah sekarang.

“Jadi saya anggap kenyataan Datuk Seri Rais adalah satu pujian kepada kami kerana beliau boleh bercakap apa sahaja yang beliau kehendaki,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, s:emalam.

Ditanya mengenai krisis melanda PKR sekarang didakwa berpunca daripada kecewa dengan kepimpinan parti, Nurul Izzah menjelaskan krisis tersebut sebenarnya berpunca daripada serangan UMNO.

“Saya bersyukur sebenarnya wakil rakyat ‘tali barut’ PKR keluar parti, kita juga beri peluang kepada semua tali barut parti supaya keluar secepat mungkin,” katanya.

sinarharian




3 ulasan:

  1. Salam

    Setidak-tidaknya mereka tidak membakar jambatan kayu dan bina jambatan batu macam Rais!

    BalasPadam
  2. Manjung Mari4/3/10 5:37 PTG

    Aku nak cadangkan kita semua pakat collect RM100 sebulan dpd setiap penyokong PR dan duit tu kita gabungkan dgn duit kutipan Hari Jemaat di setiap Negeri bawah pemerintahan PR dan kita agihkan duit terkumpul tu samarata kpd setiap Wakil Rakyat PR utk kegunaan mereka.Insyaallah dgn adanya duit poket yg lumayan ini mereka tak lagi terfikir utk lompat ke UMNO.Dan kalau ada duit lebih kita dermakan kpd DSAI utk tambah2 bayar duit loyar dia,kita pun sangat bersimpati dgn pemimpin kita yg kena fitnah tu.Disamping itu kita lancarkan kempen utk mengutip kurang2nya 2.5% hasil perniagaan dpd setiap aktiviti perniagaan di negeri2 bawah pemerintahan PR.Aku percaya cara ini akan menjadikan PR Kerajaan yg mempunyai sumber kewangan yg mantap, bah kan Kelantan tak lagi memerlukan wang Ehsan UMNO kerana kita boleh beri berapa saja yg dia perlukan...

    BalasPadam
  3. kartun btl knytaan perempuan ni..knytaan manjung mari lagi2 la lawaknya...pch prt aku dok gelak..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive