Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 15, 2010

Lelaki Tua Cedera Diserang Kerbau Jantan Mengamuk

KANGAR: Seorang petani, Osman Mat Ya, 70, parah selepas diserang seekor kerbau jantan yang mengamuk di kampung Alor Redis dekat sini hari ini. Kejadian dilaporkan berlaku pukul 10 pagi ketika warga tua itu terserempak dengan haiwan itu yang sedang bersembunyi dalam semak berhampiran rumahnya.

Lelaki itu yang parah pada bahagian rusuk kirinya akibat ditanduk oleh haiwan itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pemilik haiwan itu, Yusni Hat 35, berkata kerbau itu sepatutnya disembelih awal hari ini bersama seekor lembu bagi tujuan kenduri di Kodiang, Kedah.

Bagaimanapun kerbau jantan itu mengamuk ketika menunggu masa untuk disembelih, menyebabkan ikatannya terputus dan berlari sejauh 20 kilometer dari Kodiang di Kedah ke Alor Redis di Perlis.

Selepas menanduk mangsa, haiwan itu dikatakan melarikan diri ke tengah sawah dan anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang membantu hampir menjadi mangsa serangan kerbau itu.

Bagaimanapun hasrat mengendurikan kerbau itu akhirnya tercapai juga apabila haiwan itu ditembak dengan bahan pelali oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum disembelih penduduk tempatan dan dijadikan hidangan. -BERNAMA





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive