Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 06, 2010

Mohsin diberi seminggu letak jawatan

BAGAN SERAI - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari mengosongkan kerusinya atau solat hajat dilakukan supaya tindakannya keluar parti mendapat balasan daripada Allah SWT.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan parti.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” katanya ketika mengulas perhimpunan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di hadapan pejabat Mohsin Fadzli Samsuri di Bagan Serai, semalam.

Pada perhimpunan itu, hampir 500 penyokong PR Bagan Serai berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai dan mendesak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu kerana mengkhianati kepercayaan rakyat.

Perhimpunan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR daerah Kerian antaranya ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; ADUN Selinsing, Husin Din dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Turut sama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pegawai khas Mohsin, Ahmad Kamal Edon.

Kelmarin Mohsin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan Pas Negeri, Ahmad berkata, ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pengundi dan penyokong Pas di Parlimen berkenaan serta kira-kira 1,000 penuntut sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bakal menyertai solat hajat tersebut.

"Saya difahamkan, ketika seorang aktivis Pas di Bagan Serai menghubungi Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media dan daripada cara Mohsin membaca kenyataan akhbar yang berulang kali silap menyebut perkataan, saya rasa itu bukan kenyataan asal beliau,” kata Ahmad.

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, haram jika mahu mengadakan solat hajat untuk mendoakan kebinasaan orang lain terutama umat Islam.

“Mana boleh buat solat hajat berkenaan terhadap sesama Islam. Kita boleh berdoa sekiranya meminta keselamatan. Kita boleh berdoa turun bala terhadap musuh agama sahaja.

“Meminta binasa sesama Islam adalah haram. Kita disuruh berdoa kepada Allah untuk meminta petunjuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.
sinarharian




2 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/3/10 1:01 PG

    Datuk Haruuusss. Dulu datuk ada berpesan kat kami jangan bawa masuk politik ke masjid, gantung politik tu kat pagar masjid. La ni apa ceritanya datuk? Awat sedikit masa dulu datuk menyibuk sangat apabila umnobn kalah PR12? Berapa juta depa kasi kat datuk? Berapa banyak projek BN yang datuk dapat? Now look here datuk!!!!! If you want to respected by the rakyat (muslims in particular) please, please, please respect yourself FIRST. Don't you think that being the mufti of Perak you can misbehave yourself. If you fail to respect yourself you're just bullshiting yourself. If you cannot uphold the muftiship, please step down. There goes a Malay sayings "nose no sharp, cheek push push" You are equally good as Noh Gadud of Johor. You are nobody in the court of Allah

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/3/10 7:16 PG

    Dari harus sani kpd haram sani

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive