Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 07, 2010

Nalakaruppan Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nalakaruppan membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang dikenali.

Nalakaruppan yang ditemani bekas setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Nazmi Rosli membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada kira-kira pukul 9 malam Sabtu.

"Saya terima panggilan pertama (melalui telefon bimbit) semalam pada pukul 5 pagi tetapi saya tidak mengangkatnya. Pada pukul 12.30 tengah hari saya terima panggilan yang sama...saya angkat dengar suara orang marah-marah dan saya terus mematikanpanggilan itu.

"Dia ugut saya dengan keluarga saya. Dia cakap akan hantar peluru ke rumah saya dan akan bunuh saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive