Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 08, 2010

‘Orang Rembau’ merindui Khairy - Badrul



KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno yang terpinggir, Khairy Jamaluddin digesa agar cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyerang Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shahrin berkata, Khairy sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana bosnya, Najib Razak lebih mempercayai timbalan Khairy, Razali Ibrahim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam kabinat Najib.

“Kalau dirujuk 'cara sifir' Khairy Jamaluddin, maka dia sendiri yang seharusnya meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda Umno,” katanya yang lebih dikenali sebagai cheGuBard.

Menurut Badrul, Khairy turut dimalukan oleh Najib apabila lawannya yang tewas dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno sebelum ini, Mukhriz Mahathir tetap diangkat sebagai Timbalan Menteri walaupun tewas ditangan Khairy.

Beliau turut memberitahu, Khairy turut dipertikaikan oleh exco pemudanya sendiri yang sebelum ini menuntutnya meletak jawatan kerana gagal berfungsi dalam sayap Umno itu.

“Bukan satu yang rahsia juga Khairy turut dipertikaikan oleh Pemuda Umno di banyak peringkat.

Maka atas 'sifir' yang Khairy sendiri (tahu), maka dialah yang paling wajar meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda Umno,” kata Badrul diblog peribadinya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Khairy menunaikan segala janjinya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu daripada sibuk bercakap bagi meraih simpati pimpinan atasan Umno.

“Nasihat cheGuBard kepada Khairy Jamaluddin ialah 'orang Rembau' rindukan kamu.

Daripada kamu bercakap hanya untuk mengingatkan pimpinan atasan mengenai kewujudan kamu supaya tidak dilupakan kerana memang ada usaha serius untuk 'melupakan' kamu dalam organisasi yang kamu konon dokong.

Yang paling penting tumpuan kamu ialah tunaikan janji pilihanraya yang kamu atau Umno atau BN janjikan dalam Pilihanraya yang lepas,” tambah Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

erapakatan







KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive