Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 11, 2010

Qazaf: Saiful Terlindung Dari Undang-Undang Islam


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menyaksikan pasukan peguam mewakili kerajaan Malaysia terkedu bila disoal perihal layanan berat-sebelah yang ditunjukkan dalam kes Qazaf Anwar Ibrahim.
Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar, mewakili kerajaan Malaysia, berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pendakwaraya Syariah mendakwa Saiful Bukhari Azlan.
Selepas hampir dua tahun kes Qazaf tertunda, Anwar memfailkan permohonan meminta mahkamah mengarahkan Ketua Pendakwaraya Syariah Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful Bukhari Azlan diatas kesalahan membuat pertuduhan palsu.
Dalam perkembangan yang mengejutkan, Menteri Hal-Ehwal Agama Islam Datuk Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali memfailkan bantahan supaya permohonan Qazaf terhadap Saiful digugurkan.
Zainul Rijal berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau mengatasi bidang kuasa Ketua Pendakwaraya Syariah mengikut Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam.
Beliau juga berkata terdapatnya kesilapan dalam permohonan yang difailkan pihak Anwar Ibrahim, dan demikian itu permohonan Anwar harus ditolak.
Menyanggah hujah ini, Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman menyorot perhatian mahkamah kepada prinsip perundangan Islam.
Kamar Ainiah meminta mahkamah menjelaskan apakah kuasa pendakwaan Ketua Pendakwaraya Syariah bersifat muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.
Beliau juga menarik perhatian peguam kerajaan kepada turutan sebelum ini yang menunjukkan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mencampuri hal-ehwal undang-undang Islam.
Kamar Ainiah berkata jika mahkamah merasakan ia tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaraya mempercepatkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful, maka Anwar boleh merujuk kes beliau ke mahkamah sivil.
"Tetapi, apakah kita mahu isu masyarakat Islam di dengar di mahkamah sekular dan oleh hakim yang 'kafir'?" soal Kamar.
Beliau menjelaskan kerajaan mutakhir ini memberi penekanan kepada keutamaan undang-undang Islam, dengan merotan tiga wanita sebelum ini, namun keutamaan itu tergugur bila ia membabitkan Saiful Bukhari Azlan.
"Pihak menteri, ketua pendakwaraya dan pengarah jabatan agama nampaknya lebih yakin pada mahkamah sivil dari mahkamah Syariah, dengan membenarkan kes Qazaf ini ditunda sehingga kes sodomi selesai," tegas Kamar.
"Kerajaan mahu memperkasa undang-undang Islam di negara ini dengan merotan tiga wanita tetapi mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Saiful, yang telah membuat sumpah laknat, bahawa beliau telah diliwat? Apakah tiga wanita itu dirotan kerana mereka tidak dilindungi oleh pihak tertentu?" soal Kamar.
Kamar menegaskan mahkamah tidak sewajarnya mengizinkan isu-isu teknikal dijadikan alasan untuk menafikan keadilan.
"Matlamat mahkamah adalah mencapai keadilan, bukan menghalangnya," kata Kamar.

tvs





3 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/3/10 8:32 PG

    kebanyakan orang tahu qazaf tidak boleh dikenakan keatas kes lewat anwar. fahamkan makna qazaf tuan penulis. qazaf merujuk merujuk kepada kes untuk mengelak fitnah oleh bukan pelaku iaitu pihak ketiga. jika kita menuduh sesuatu pasangan berzina atau meliwat kita boleh diqazaf. tetapi dalam kes anwar, saiful adlah mangsa dan terlibat secara langsung, beliau bukan pihak ketiga. saudara penulis jangan menyumbang kelirukan rakyat seperti firaun kecil.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11/3/10 9:35 PG

    Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

    Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

    Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

    Ini yang ditakuti Shitful bersama-sama Pemimpinan UMNO/BN iaitu Penjenayah Qazaf. Kenapa Shitful tak mahu merujuk kepada Mahkamah Syariah akan hal dia telah diliwat ini?

    BalasPadam
  3. anon 9:35 apa kau merepek ni. cuba fahamlan tulisan anon:8:32

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive