Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 14, 2010

Sambutan Mersing Bukti Populariti Anwar Kalahkan Najib - Zabiedie Abas



KUALA LUMPUR : Kehadiran lebih 10,000 orang di program Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan beliau lebih berpengaruh daripada Najib Razak.

"Sambutan luar biasa tersebut menolak dakyah keji media pro Umno bahawa Anwar sudah tiada pengaruh di kalangan rakyat terutama luar bandar," tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie abas.
Menurut beliau, ini adalah kali pertama Anwar menjejakkan kaki ke Mersing sejak menjadi mantan Timbalan Perdana Menteri.

Zabidie juga memaklumkan ramai yang hadir majoritinya bukan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Pemimpin tempatan dan ahli Umno juga ramai kelihatan di situ.

Beliau berkata, Ia menunjukkan usaha media pro Umno gagal dalam usaha mengaibkan dan menfitnah mentor PR itu. Malah mereka tidak menyorok, seperti ditempat lain, mereka duduk dikelompok utama dihadapan.

"Berita di Kota Tinggi agar mendukacitakan. Selain berita kemalangan YB Tian Chua, perjumpaan Anwar dengan 800 orang terganggu sementara disebuah restoran. Dalam 5 minit Anwar berceramah, TNB memutuskan bekalan elektrik.

"Belum sempat juruteknik TNB keluar dari kerja khianat, mereka diserbu oleh petugas PR. Akhirnya dalam 3-4 minit mereka akur dan menyambung bekalan elektrik," kata Zabiedie.
erapakatan







1 ulasan:

  1. kesian... mana gambar 10000 orang tu??? nak gak tgk... msiakini pun x lapor... haprak daily ada lapor tak??? kesian... dah terdesak sgt puak2 pencacai ni yer... aku baru perasan dulu bukan main ramai komen kat blog ko... skrg?? KESIAN.... hidup ni bukan stakat politik je... yg lain pun kena jaga... xda guna kita habiskan 24jam sehari untuk perjuangan yg ntah hapa2... takut nanti jadi org KECIWA mcm 4 YB yg HERO to ZERO tu... huahuahuahuahuahua...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive