Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 04, 2010

Seks lebih 20 kali


HULU TERENGGANU – Tindakan pelajar perempuan berumur 15 tahun yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, di sini, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh buah hatinya berumur 27 tahun, yang juga adalah Orang Kena Perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

“Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali,” katanya.

sinarharian





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive