Jumaat, Mac 12, 2010
‘Shamsudin Ajaib’ uruskan nikah 2 budak di Kelantan
KOTA BARU, 12 Mac — Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Shamsudin Ajaib’ dikatakan menjadi punca kepada perkahwinan dua budak perempuan dengan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan baru-baru.
Dia yang dikatakan mengetuai sebuah kumpulan tabligh menggunakan kepandaian memujuk untuk mempengaruhi anggota jemaahnya menyerahkan anak-anak perempuan untuk dinikahi sesama mereka walaupun berusia di bawah umur.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang ahli kumpulan itu, Hussin Mat Salleh, 54, di Kota Baru semalam.
Dipetik Utusan Malaysia, Hussin bersama isterinya, Siti Sarnan Mat Ail, 42, dari Dabong Kuala Krai hadir di mahkamah untuk memfailkan permohonan mufaraqah atau berpisah sementara di atas perkahwinan anaknya, Siti Nur Zubaidah, 10, dengan Shamsudin pada 20 Februari lalu.
Shamsudin dipercayai diberi gelaran ‘ajaib’ kerana kepandaiannya dalam perubatan alternatif dan pernah mempunyai empat isteri sebelum ini.
Katanya, perkahwinan yang dikatakan mengikut sunah berlangsung dalam keadaan yang amat ‘mudah’ — di atas sebuah madrasah di Machang sambil disaksikan dengan ahli jemaah yang lain.
“Saya sebenarnya terkeliru dengan kata-kata Shamsudin Ajaib. Dia menggunakan kepandaian bercakap dan ‘ilmu’ untuk mempengaruhi saya bagi menikahkannya dengan Siti Zubaidah.
“Dia mempengaruhi saya semasa dalam perjalanan dari Jelawang, Dabong ke Kota Bharu untuk berdakwah malah dalam perjalanan itu juga dia menikahkan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar,” katanya.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga sedang mengesan dua lelaki termasuk ‘Shamsudin Ajaib’ bagi membantu siasatan berhubung perkahwinan mereka dengan kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun.
Hussin, seorang penoreh getah berkata, ketika itu mereka dalam perjalanan ke Kota Baru bersama dengan ahli-ahli jemaah yang lain.
Menurutnya, pada keesokan hari dalam perjalanan pulang ke Dabong, mereka singgah di sebuah madrasah di Machang dan melangsungkan pernikahan dengan disaksikan ahli jemaah lain.
“Keesokan paginya, kami pulang ke rumah saya untuk mengambil Siti Zubaidah sambil memberi alasan kepada isteri untuk membawanya belajar di sebuah sekolah tahfiz di Wakaf Baru bersama dengan anaknya yang dinikah dengan Azhar itu.
“Bagaimanapun ketika tiba di sekolah itu, kami hanya mengambil anaknya yang dikenali sebagai Aisyah dan kemudiannya bermalam di sebuah hotel di Kota Baru, mungkin dipukau saya membenarkan Shamsudin tidur sebilik dengan Siti Nur Zubaidah.
‘‘Turut bersama kami Azhar dan ‘isteri’ barunya itu tetapi di bilik berasingan.
“Ketika itu anak saya menangis teresak-esak tidak mahu bersama Shamsudin tetapi saya membiarkan Siti Nur Zubaidah bersama ‘suaminya’ itu,” katanya.
Katanya lagi, selepas semalaman di hotel, dia bersama anak dan ‘menantunya’ ke rumah isteri kedua Shamsudin di Kubang Bemban, Pasir Mas sambil meninggalkan Azhar dan Aishah untuk menginap di hotel.
“Keesokan harinya (23 Februari lalu), saya ditinggalkan Shamsudin di markas kami di Dusun Raja, di sini dan membawa anak kedua saya itu.
“Ketika itu, saya seperti terkeliru dan membiarkan mereka pergi bersama kereta Proton Iswara milik saya. Sejak dari hari itu sampai sekarang saya tidak pernah bertemu dengan mereka,” katanya.
Kata Hussin, isterinya hanya mengetahui tentang perkahwinan tersebut selepas dia pulang ke rumah dan semasa pernikahan itu berlangsung Siti Nur Zubaidah tiada bersama.
Siti Sarnan membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas pada 24 Februari lalu tentang kehilangan Siti Zubaidah dan keretanya.
Dia berharap orang ramai yang mengenali Siti Zubaidah atau Shamsudin supaya menghubunginya di talian 013-2272755 atau mana-mana balai polis berhampiran.
themalaysianinsider

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Mac
(338)
- Sidang DUN Perak - Kejutan Jamal Behrang !
- Berita Palsu 700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti
- Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tangg...
- Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysi...
- 1MALAUN UMNGONG DIDAHULUKAN
- Sidang DUN Perak Seperti Perhimpunan Polis
- Ada wartawan sanggup ‘ditiduri’ untuk dapat slot tv
- Hampir separuh iklan kosmetik menipu
- APCO dan 1Malaysia
- Keputusan TM Piala FA Separuh Akhir (1) 30/3/10
- Din Beramboi Koma
- Pendedahan Anwar Mengenai Apco Worldwide
- Apa motif Perkasa?
- Parlimen Ada 'Peraturan Khas' Untuk Anwar Ibrahim
- Kenapa teruja dengan ucapan di perhimpunan Perkasa?
- Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia
- RM52 bilion Saham Bumiputera Hilang
- LIVE : SIDANG DUN PERAK
- SPEAKER PERAK : SIVAKUMAR DIIKTIRAF TAJOL ROSLI?
- Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera
- AJK UMNO Bahagian Ditangkap Khalwat Dengan Gadis B...
- Seks Luar Tabii: Peguam Persoal Chua Soi Lek Masih...
- Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?
- A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali
- Katak,Katak Puru dan Kotak
- Antara Kejahatan dan Kebaikan Ibrahim Kepada Anwar
- PR akan kalah ?
- Pakatan Rakyat Hampir Ke Putrajaya
- Polis cari pelakon hilangkan diri selepas pukul is...
- 700 anggota Pemuda PKR keluar parti
- Guna anak halau hantu
- Umno BN punyai banyak bahan buangan
- Makin Ramai Anggotai Anak Selepas Penahanan Mazlan
- Mungkinkah Flat Kami ini akan berbumbung semula?
- `MAKANAN' YB ZUL PUN EZAM SESUMPAH HENDAK TUMPANG ?
- UMNO Hulu Selangor paling kuat di dunia!
- Lawak Ahad: Hantu Punya Cerita
- Gadis antara 50 penagih ditahan di Kuala Kedah
- Port pondan Jln Ipoh diserbu
- ‘Setiap malam harimau datang rumah saya'
- Ahli perniagaan maut ditetak di bilik hotel, wanit...
- Seks oral: Hafizul dipenjara 15 tahun
- Zaid bakal calon PKR?
- MP Indera Mahkota buat laporan polis terhadap Utusan
- Duda, amah ditahan bersekududukan
- Wanita dirogol rakan suami mabuk
- Sekilas Politik Parlimen Hulu Selangor
- Umno juga pertikai keputusan mahkamah - Nizar
- Umno dan MIC Berebut Kerusi Hulu Selangor
- Karpal cabar Zulkifli sebut pihak ketiga
- Zahrain mahu saman Guan Eng
- Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden
- Syed Husin tuntut Utusan bayar RM10 juta
- Zulkifli Berdalih Tidak Mahu Sebut Nama 'Pihak Ket...
- Jerteh Souq - Pojek ‘Haram’ Idris?
- Seks gereja merebak ke AS
- Tu dia Juara Rakyat....
- EXCO SELANGOR DEDAH SURAT SPR KEPADA PBT
- "Kalau 10 perkara Zul Nordin cakap, 30 yang saya t...
- LAKONAN SONGSANG ZULKIFLI DI PARLIMEN
- Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan ...
- Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes hari ini
- Kena tang PKR punya kerusi laju saja nak pilihanraya
- Al-Fatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal ...
- Isteri durjana
- Alamak, tikus pun nak masuk politik?
- Anak dipaksa melacur oleh ibu jadi kes polis, JKM
- SPRM Lebih Berkuasa Daripada Polis?
- Musim Badut Mengambang
- MP = Memang Poyo
- TAHNIAH YB ZUL, TAPI BILA KAMI NAK PAKAI PAMPERS NI ?
- SPR bagi alasan setebal 10 muka surat
- Rumah CheguBad dibaling botol bom petrol
- Kemalangan Misteri - 2 Mayat Reput Ditemui
- Laporan polis terhadap Ketua Polis Negara
- Tali tersangkut pada pundi kencing semasa aksi per...
- Apa orang kata, PAS dan DAP bertaut juga
- Demo besar Pakatan Rakyat Jumaat ini
- Alahai...Kasihan Si Bebas Gila Talak.
- Juara kepala hotak pa?
- Baju dan kasut wajib,coli dan seluar dalam terpula...
- Sebenaqnya 40 MP BN Mahu Sertai Pakatan Rakyat
- Ghapur: Zahrain penipu besar
- Jika Ikhlas Pertahan Agama, UMNO BN Digesa Sertai ...
- Petua Menjaga Prestasi Seks Anda
- Rebut RM70,00 di Karnival Memancing Selangor
- Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat
- Zahrain 'Gemuk', 'Kenyang' Selepas Jadi Bebas
- Anwar tidak manipualsi fatwa Yusuf Qardawi
- Umno Dicabar Batal Kontrak APCO
- Ezam tidak kenal Anwar, sebab itu dia kluk-klek
- Pemuda Umno Buta Undang-Undang
- Anwar Akan Tampil Dedah Fakta APCO
- Umno juara report polis
- Bila sudah bercerai
- Zahrain Tanam Bibit Curiga Dalam UMNO
- Penyelewengan dalam GLC di Kedah?
- Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran
- PKR Nafi Umum Kedudukan Kerusi Parlimen Hulu Selan...
- Pimpinan Umno Jadi “Jakun” Di Ireland…
-
▼
Mac
(338)