Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 10, 2010

Sokong Khalid Berdebat Dengan Zulkefli Nordin

BARU sekejap tadi saya dengar ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan untuk berdebat dengan Zulkefli Nordin berhubung isu kalimah Allah menerusi berita Astro Awani. Kata Khalid wakil rakyat berkenaan tidak payah buat report polis mengenainya berhubung kalimah Allah tetapi elok berdebat.

Beliau bersedia berdebat bila-bila masa dan di mana-mana saja. Saya pun rasa elok kalau ada mana-mana NGO atau individu menguruskan agenda ini. Kalau wakil rakyat Kulim - Bandar Baru yang tampil di tv dengan berbagai jenis dan warna kopiah dan terbaru songkok itu sanggup rasanya baik juga diadakan. (Songkok itu mungkin pesaka sesama beliau dalam pemuda Umno dulu).

Kata Khalid kalau wakil rakyat itu ada hujah tidak perlu takut. Bila berhujah barulah dapat diketahui apakah persoalan itu kerana fakta, ilmu atau emosi.

Molek benar rasanya untuk menyelesaikan isu ini wakil rakyat berkenaan sambut pelawan Khalid itu. Dan kalau tidak ada pihak nak jadi penganjur saya rasa Siasah bersedia untuk menganjurkan debat berkenaan. Sebelum ini pun Siasah dah cuba mendapat persetujuan kedua pihak untuk anjurkan debat.

Khalid sudah memberi jawaban kesediaannya, tetapi wakil rakyat Kedah itu tidak pernah jawab telefon bila dihubungi wakil Siasah. Kalau dia memang pejuang Islam tulen dan iklhas dalam menegakkan kalimah Allah sambutlah pelawaan Khalid itu seberapa segera yang boleh. Kalau jumlah penonton memberangsakan mungkin boleh juga dijual tikit untuk perbelanjaan atau saguhati buat wakil rakyat berkenaan.

msomelayu.blogspot.com




2 ulasan:

  1. Bukan Org Kulim10/3/10 10:44 PTG

    Mamat Firaun ni tak berani nak mengadap Khalid Samad . Tengoklah ... nanti ada aje alasan dia .. nak pi Korea balik lah , kunci motor hilang , ade interview dengan TV 3/4 lah... Suku sakat Abdullah Ubai lah katakan..

    BalasPadam
  2. Siapa Khalid tu yang nak berdebat ngan Zul. Banyak mana ilmu nya. Buat buang masa jer........
    Kalau kau orang nak tau, Si Khalid tu kalau di Parlimen dok melaung jer.....jerit sana, jerit sini. Tu saja yang dia tau. Tin kosong.....keletong kelentang bunyinya. Setakat nie tak ada pun ada apa2 yang menarik yang keluar dari mulutnya.

    Berbanding dengan YB Dato Sharil (abangnya) jauh panggang dari api. Hebatttt.............senyap tapi sekali berbunyi terpaku seluruh dewan. Orang cam tu la kalau nak berdebat dgn Zulkefli Nordin.

    Ingat.....berdebat lain,BERTEKAK lain. Kalau nak lawan bertekak, saya setuju Khalid boleh jadi juara. Tapi kalau berdebat.....ngan budak sekolah, belum tentu boleh menang.

    Renung2kan lah untuk pilih pakaian ukur badan sendiri.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive