Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 10, 2010

“SPRM, siasat wang untuk wakil rakyat PKR melompat” - Zunar

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Aktivis kartunis Zunar bersama rakan-rakan seangkatannya mendesak supaya suatu siasatan dilakukan ke atas peruntukan wang yang ditawarkan kepada wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

"Kami tuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siasat jumlah wang yang ditawarkan kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti dan mengheret mereka ke muka pengadilan," kata beliau dalam suatu kenyataan baru-baru ini.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee S M Anwar Ulhaque berkata, hasrat rakyat kini berdiri teguh di bawah agenda Pakatan Rakyat yang ingin membentuk 'Malaysia Baru' yang bebas daripada segala amalan yang membabitkan penyalahgunaan wang.

"Kami menyokong PKR dan parti-parti yang bergabung dalam PR, kerana agenda mereka jelas membawa perubahan; menghapuskan rasuah dan merealisasikan hasrat 'Malaysia Baru'," kata beliau.

Tambah Zunar, pihaknya yang mendakwa diberi mandat mewakili lebih 2,000 aktivis reformasi seluruh negara menyatakan sokongan penuh ke atas kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini kerana, kami percaya hanya beliau mempunyai iltizam yang kuat dan mampu membawa agenda reformasi dan perubahan di negara ini dan sekali gus menyokong beliau sebagai bakal Perdana Menteri," kata beliau lagi.

Antara wakil-wakil aktivis reformasi tersebut; Nasir Isa, Mohd Hamdi Mohd Said, Badaruddin Ismail, Syed Baniamin Syed Baharuddin, Norzairi Jantan, Sow Hock Hin, Badrulhisham Mohd Hanafiah, Mohd Hafifudin Nordin, Pospan Lingam Sinakanu, Abdul Rahman Hackeem, Zainal Misran (Enot) dan Haili Ahmad.

erapakatan




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive