Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 10, 2010

Suara ghaib arah gadis terjun


NOOR IZZATIE dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Fauziah selepas cedera parah akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Kangar semalam.

KANGAR – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini semalam diselubungi misteri apabila seorang pelajar perempuan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah sebaik mendakwa terdengar satu bisikan suara ghaib yang menyuruhnya terjun.

Kejadian pukul 7.05 pagi itu mengakibatkan, Noor Izzatie Nasir, 17, cedera parah apabila tulang pinggul, tangan serta kakinya patah dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, pelajar tersebut yang merupakan anak kepada pasangan guru dihantar oleh bapanya pukul 7 pagi ke sekolah berkenaan sebelum dia dilihat seolah-olah berada dalam keadaan separuh sedar.

Pada pagi itu juga, dia sepatutnya menyambung kembali peperiksaan ujian bulanan yang telah pun bermula sejak kelmarin.

kosmo




1 ulasan:

  1. UNTUK PERHATIAN SEMUA.

    BAGI MENGELAK DARIPADA PERKARA TERSEBUT ELOKLAH KITA BERIKHTIAR MEMBACA AYAT SUCI ALQURAAN SELALU DAN DOA DOA JUGA BOLEH DIDAPATI DI serupamulo.blogspot.com.

    Kita hanya berikhtiar dan Tuhan yang menentukannya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive