Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 09, 2010

Zul Noordin cabar Wan Azizah letak jawatan, cabarnya di Kulim


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) menasihatkan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak berperang dengannya sambil menegaskan agar melepaskan jawatannya atas alasan sudah gagal memimpin PKR.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan,” kata Zulkifli yang dipecat dari PKR kelmarin.

Zulkifli juga mencabar Wan Azizah jika berani agar bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, satu lawan satu.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR,” katanya.

Kata Zulkifli, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih daripada tahu yang beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengannya.

“Tetapi Wan Azizah telah membuat kenyataan yang mengutuk saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab kutukan itu, dan saya berharap selepas ini Wan Azizah akan berhenti dengan serta-merta daripada memilih untuk terus menyerang saya,” katanya.

Dalam komen pertama yang dilihat sangat ‘pedas’ dan bersifat peribadi terhadap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Zulkifli menambah beliau mahu terus mengingati Wan Azizah dalam keadaan yang baik.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya mencerminkan diri sendiri dan ‘walk your talk’,” katanya.

Zulkifli berkata beliau merujuk kepada kenyataan Wan Azizah dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntutnya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

“Sebenarnya saya memang keberatan dan tidak bercadang langsung untuk membuat apa-apa kenyataan yang melibatkan Wan Azizah kerana bukan sekadar menghormati beliau yang lebih tua daripada saya.

“... malah kerana kami telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis bersama, banyak luahan perasaan beliau kepada saya mengenai nasib dan masa depan beliau serta keluarga, banyak rahsia dan hal sulit yang pernah beliau ceritakan atau yang saya lihat sendiri selama lebih 12 tahun bersama beliau sekeluarga,” katanya.

Zulkifli berkata beliau sedar Wan Azizah juga adalah mangsa firaun-firaun kecil yang mula menunjuk belang mereka dalam PKR.

Atas dasar itu, kata Zulkifli, ingatan beliau kepada Wan Azizah ialah “Islam is not limited only to her small silk glove á la Michael Jackson.”

“Saya menghormati pendirian Wan Azizah tidak mahu bersentuhan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya, tetapi Islam itu lebih daripada sekadar sarung tangan sutera ala Michael Jackson tersebut.

“Membiarkan panel lembaga bukan Islam membicarakan seorang Muslim mengenai akidah, syariat dan dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam.

“Atas dasar itu, nasihat saya kepada Wan Azizah, eloklah beliau meletakkan jawatan Presiden PKR.

“Saya sedih melihat Wan Azizah membiarkan diri beliau sekadar menjadi alat firaun-firaun kecil ini, dan pemanas kerusi dan penghias muka depan PKR sahaja,” katanya lagi.

Wakil rakyat Bebas itu menambah, jawatan presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan firaun-firaun kecil bermaharajalela dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

“Sudahkah beliau lupa bagaimana firaun-firaun kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka.

“Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya?

“Saya pertegaskan bahawa saya adalah satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau layak bertanding setelah bebas daripada hukuman penjara di Sg. Buloh.

“Dalam keadaan Ahli Parlimen PKR lain, termasuk firaun-firaun kecil yang mengelilingi Anwar dan Wan Azizah semuanya enggan memberi laluan, saya telah bersedia untuk berkorban.

“Tetapi Allah lebih bijaksana dalam perancangan-Nya. Tiba-tiba Wan Azizah sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, Anwar dan keluarga.

“Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar,” katanya.

Zulkifli berkata beliau menyanjungi pengorbanan Wan Azizah tetapi janganlah “mempersoalkan pinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, Anwar dan parti.”

Berkaitan desakan Wan Azizah supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, Zulkifli berkata, bukan beliau yang meninggalkan PKR.

“Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel lembaga disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah Allah.

“Tetapi Wan Azizah enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR.

“Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan firaun-firaun kecil ini, Wan Azizah mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan, tengok siapa yang bercakap ini,” katanya.

Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen, katanya.

“Kerusi Parlimen PKR tinggal 27 kerusi, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi.

“Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya Anwar Ibrahim sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang!

“PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut.

“Jadi kalau Wan Azizah merasakan bahawa Anwar boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat,” katanya.

themalaysianinsider





2 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/3/10 10:58 PG

    Alahai!! Yb zul tak payah nak susah susah,kami warga kulim boleh bantu Yb buat pungutan suara dikulim samaada depa mau Yb kah atau sebaliknya.Yb zul boleh tak terima cadangan ni?Cara begini kan murah,lagi pun tidak akan berlaku penipuan macam yang berlaku disetiap pilihan raya.Nanti Yb akan melihat suara rakyat tu suara keramat dan suara penamat.

    BalasPadam
  2. Nalaun ni kaki cakap bohong,kalau dia bertanding dengan DSWA di Kulim Bandar Baharu nescaya malaun ni akan hilang wang pertaruhannya. Dia ingat orang Kulim BB suka kat dia....Piiiirahhh. Kaki busuk punya orang. Baik la kosongkan kerusi Kulim BB. Kami tau hang tak berani mai dah Kulim BB... Hang pun lama tak turun sini dok sebuk dengan perangai huduh hang aje....Pelaq punya malaun!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive