Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 14, 2010

Cabaran jalur lebar di Hulu Selangor

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Felda dalam kawasan Sungai Tengi Selatan dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor terus terpinggir apabila tiada sebarang aplikasi jalur lebar atau internet di situ.

Akbibatnya, kebanyakan penduduk di Gugusan Felda Sungai Dusun terutama di Felda Sungai Tengi Selatan terpaksa keluar jauh ke pekan-pekan yang menyediakan perkhidmatan internet bagi menikmati kemudahan itu.

Bekas peneroka, Muhammad Yushak Sajari, 58, berkata, penduduk Felda amat memerlukan kemudahan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab segera menaiktaraf perkhidmatan internet di kawasan itu.

“Saya amat memerlukan perkhidmatan internet bagi tujuan rujukan, penyelidikan dan perniagaan online yang sedang saya laksanakan.

“Perkhidmatan di sini, sukar diperoleh kerana kedudukannya jauh dari pusat bandar,” katanya.

Menurutnya, beliau terpaksa ke pekan berhampiran seperti di Tanjong Malim, Perak yang jauhnya kira-kira 48 kilometer (km), dari Bukit Beruntung, Hulu Selangor dan Berjuntai Bestari yang jaraknya sekitar 30km untuk mendapatkan kemudahan internet di kafe siber atau pusat internet swasta.

Yusham turut memberitahu, akibat keadaan itu beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi apabila terpaksa berulang alik ke pekan berhampiran semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar.

“Kami amat memerlukan jalur lebar kerana selain untuk melakukan rujukan dan untuk tujuan pendidikan ia juga menjadi keperluan untuk menambah pendapatan melalui perniagaan di internet.

“Yang menjadi keluhan dan rintihan adalah anak kami yang bekerja di bandar dan anak yang tinggal di asrama kerana mereka terpaksa ke bandar berhampiran untuk mendapatkan kemudahan internet apabila pulang ke kampong semata-mata untuk menyelesaikan tugasan mereka,” katanya.

“Justeru, saya sebagai rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang bakal berdepan pilihan raya kecil, ingin merayu dan memohon jasa baik kerajaan atau pihak swasta supaya dapat memberi perhatian kepada permasalahan kami yang langsung tiada kemudahan internet di Felda Sungai Tengi Selatan sama ada streamyx atau jalur lebar,” katanya.

Bagi anak peneroka, Zulkifli Masrani, 28, memberitahu, beliau yang bekerja di salah sebuah kedai di kawasan itu turut memerlukan kemudahan internet bagi tujuan penghantaran laporan ke pusat.

“Streamyx pun tak dapat digunakan di sini kerana ketiadaan kabel yang menyambungkan talian itu.

“Ada maklumat memberitahu, pihak pembekal talian berkenaan terpaksa membelanjakan kos berjumlah RM200,000 bagi menyambungkan kabel daripada Felda Sungai Tengi ke sini.

“Mungkin disebabkan faktor kos itu mereka tidak meneruskan penyambungan itu dan kesannya kami tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya menjadi hak kami,” katanya

Menurutnya, dia juga terpaksa keluar ke pekan berhampiran bagi tujuan melayari internet kerana di Felda berkenaan tidak menyediak perkhidmatan itu.

Zilkifli menjelaskan, boleh dikatakan setiap peghuni rumah di Felda berkenaan memiliki satu komputer atau lebih untuk sebuah rumah.

Tinjauan erapakatan.com sejak seminggu lalu mendapati perkara itu bukan sahaja berlaku di kawasan tersebut tetapi juga hamper ke seluruhan kawasan Felda yang lain.

Rekod menunjukkan kawasan Parlimen Hulu Selangor yang luasnya sebesar negeri Melaka sejak puluhan tahun lalu diterajui oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional termasuklah ketiga-tiga Adun BN dalam kawasan parlimen itu.

Mereka ialah masing-masing dari MCA seorang dan dua dari Umno selain G. Palanivel yang menjadi Ahli Parlimen selama empat penggal sebelum tumbang pada Pilihan Raya Umum lalu.

erapakatan





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive