Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 17, 2010

On the spot kena pecat

Johan dipecat serta merta dari Umno selepas jadi calon bebas

HULU SELANGOR, 17 April: Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.


“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan , 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

WarkahDaily - Umno terpaksa pecat Johan kerana takutkan MIC. Tapi bagaimana jika Johan ditakdirkan menang, apakah Umno sedia menarik balik keputusan memecat Johan dari Umno?

Mungkin penyokong Umno kawasan itu berbelah bahagi samada memberi sokongan kepada calon MIC-BN atau calon Umno-Bebas.



sedakasejahtera






2 ulasan:

  1. Sebagai seorang Ketua Pemuda Cawangan dan juga AJK Pemuda Bahagian (Kalau tak silap aku), dia tentu tahu perlembagaan parti. Maksudnya dia sudah bersedia menerima risiko tersebut. Walau macam mana pun sekiranya dia menang, dia masih boleh menjadi MP bebas yg tidak berpihak atau berpihak kepada mana-mana parti.

    Sebagai seorang ahli parti kita harus menerima kenyataan bahawa dia dihukum oleh partinya. Sebagai seorang rakyat kita harus menghormati pendiriannya yang merasakan dirinya mampu untuk berbuat sesuatu untuk rakyat lain. Terpulang kepada rakyat untuk menilai kerana logo dalam pilihanraya hanyalah lambang. Parti adalah kumpulan yang menyokong dan bekerja untuk memastikan kemenangan calun TETAPI:

    1. Yang mendaftar ialah calun.
    2. Yang kene telanjang oleh pihak lawan ialah calun.
    3. Yang hilang wang pertaruhan juga calun.
    4. Yang tak tido malam bila jadi YB juga calun.
    5. Yang kempis dompet pun YB bila hari-hari berderet orang kat pejabat datang minta derma (tak termasuk biawak-biawak yang menagih selepas berhempas pulang berkempen).

    hehehehe..

    BalasPadam
  2. Mampus pi.... rumah tangga mak bapak depa.... ikut-ikut aku peduli apa.... tapi tengok la dua, tiga hari lagi.... mamat tembun tu nanti akan tarik diri.... tu pun kemungkinan setelah berlaku tawar menawar yang menguntungkan.... itu pendapat aku.... tapi tak tau la kalau si tembun ni ada maruah diri yang tinggi.... tapi aku berani jamin.... banyak undi mamat tembun ni akan dapat dari penyokong UMNO.... maklumlah Melayu UMNO mesti sokong Ketuanan Melayu.... takkan nak sokong MIC.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive