Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 09, 2010

Tukang karut mula berjenaka di Hulu Selangor

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

Selain ketua tukang karut, Umno melatih ramai lagi tukang karut kecil yang turut mengambiltempat di pentas utama. Maka apa sahaja yang disebut ketua tukang karut ini akan segeramenjadi ikutan para tukang karut kecil. Ada juga sesetengah yang menggelar tukang karut kecilini sebagai pak turut.

Persembahan dikir barat akan datang akan di adakan di Hulu Selangor tidak lama lagi. WalaupunUmno-BN belum lagi menamakan siapakah tukang karut kecil yang bakal menjadi ketua penceritautama bagi para penonton di Hulu Selangor nanti, namun ibarat ayam jantan, beberapa tukangkarut terlatih ini mula memperkasakan kokok masing-masing menurut rentak dan irama ketuatukang karut dan kumpulan dikir barat politiknya.

Tentu sekali perihal tukang karut, dikir barat dan kokok siayam jantan ini hanyalah sebuahmetafora. Jika suka anda boleh menyebutnya sebagai satiris politik. Demikian pun, ia bersifatboleh saling bertukar ganti atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai interchangeable dengan halsebenarnya.

Maka berceritalah seorang daripada mereka kononnya tentang apa yang bakal dihadiahkan kepadapenduduk kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Namun ia bukanlah cerita barumelainkan ibarat plot dikir barat yang ulang-ulang kembali berpuluh kali hatta beratus kali.Yang berlainan cuma watak-wataknya,

Menurut seorang ketua besar yang juga seorang Menteri dan bertaraf Naib Presiden bernama Dato'Shafie Apdal, adapun lagu pembangunan yang tiba-tiba diperdengarkan dan akan dibawa kepadapenduduk Hulu Selangor bukanlah sebuah lagi 'janji pilihan raya' Umno-BN tetapi sebaliknyamerupakan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat juga.

Tidak dapat dinafikan terdapatnya elemen humor ketara terkandung dalam kenyataan sang menteridan juga bapak naib presiden. Siapakah gerangan yang tidak mengetahui atau tidak faham betapafungsi dan kewujudan kerajaan adalah untuk rakyat dan bukannya untuk memperbesarkan tembolokahli politik atau kantong orang tertentu yang cukup ber'connection' dengan ahli politik?

Tak perlu dislogankan kononnya 'rakyat didahulukan' kerana ini semua orang tahu tetapi hakikatsebenarnya ia sudah menyimpang jauh apabila banyak rungutan rakyat yang disuarakan menerusipelbagai saluran tidak begitu diendahkan atau diretorikkan sahaja menerusi kenyataan balas.

Menurut Shafie yang juga adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, peruntukanpembangunan untuk kawasan Parlimen Hulu Selangor itu sememangnya terdapat dalam perancangankerajaan cuma pengumumannya sahaja dibuat ketika ini yang kebetulan akan berlaku pilihan rayakecil (PRK).

Inilah yang melucukan kerana apabila kita mengimbau kenangan lalu melibatkan PRK berpunca dari kematian wakil rakyatnya, tiba-tiba sahaja peruntukan untuk pembangunan menjadi agenda dan manifesto utama UMNO-BN. Yang membezakan, cuma Shafie membawa variasi dalam tema dikir barat PRK ini dengan memasukkan sub-plot betapa peruntukan sedemikian memang ada dalam perancangan.

Kita langsung bertanya sejak bilakah kerajaan UMNO-BN merancang untuk mengadakan pembangunan dengan sekian banyak bajetnya untuk Hulu Selangor? Sekiranya ia sememangnya diintegrasikan dalam RMK-9, atau atas sebab-sebab tertentu dan mendesak wujud secara sendirian dalam Bajet Kerajaan Persekutuan untuk tahun fiskal semasa, mengapakah ia tidak diumumkan sahaja kepada umum atau kepada penduduk kawasan Parlimen berkenaan?

Apakah yang ditunggu kerajaan Umno-BN sebelum pengumuman dibuat? Kenapa lambat sangat untuk perkara yang baik ini diumumkan? Bukankah kelewatan ini amat bertentangan dengan fikrah Umno-BN yang terkenal sebagai parti pengumuman?

Hal-hal seperti inilah yang menyebabkan rakyat sangsi di atas keikhlasan kerajaan Umno-BN dalam menslogankan 'rakyat diutamakan'. Nampaknya kalau ada sekalipun peruntukan yang dibuat mereka, terutama mereka yang tinggal di kawasan pilihan raya di negeri yang diperintah kerajaan Pakatan, mereka tidak akan mengetahuinya melainkan sekiranya berlaku PRK. Ini boleh diinterpretasikan sebagai kebimbangan Umno-BN sekiranya penduduk kawasan terlibat menyangkakan peruntukan tersebut datangnya dari kerajaan Pakatan.

Umno-BN boleh menggunakan segala tukang karut mereka dengan segala kepakaran bagi membuat penafian bahawa tanggapan ini tidak benar. Namun rakyat pula merasakan itulah hakikatnya.

Untuk membuat penafian demikian, Shafie tidak perlu membuat perbandingan yang disangka beliau cukup logik seperti mengatakan betapa baru-baru ini beliau ke Tenom, Sabah bagi mengumumkan peruntukan pembangunan untuk penduduk di situ walaupun tidak terdapat sebarang pilihan raya yang akan diadakan di situ.

Sekiranya perbandingan itu benar dan ikhlas, mengapakah tidak ada pengumuman sedemikian di kawasan pilihan raya yang dikuasai pembangkang lama sebelum Adun atau Ahli Parlimennya meninggal dunia dan sebelum PRK diadakan.

Benar, kenyataan Shafie dalam sidang akhbar selepas program Orang Asli@1Malaysia di Kg Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor pada Sabtu lalu adalah merupakan kenyataan politik sebagai respons kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyelar kerajaan Umno-BN yang tiba-tiba muncul dengan cerita pembangunan, tetapi tidakkah Naib Presiden Umno itu memiliki sesuatu yang lebih intelektual untuk dikemukakan sebagai hujah?

Hal-hal seperti ini sudah tentulah memalukan, atau setidak-tidaknya menyedihkan penyokong dan ahli Umno-BN sendiri. Dalam pada Shafie mengatakan kononnya pembangkang tandus idea dalam menghadapi PRK, Umno-BN sebenarnya tidak menyedari betapa mereka lebih tandus lagi dalam mengemukan idea baru untuk digunakan dalam pilihan raya. Cerita mereka balik-balik berkisar kepada projek dan peruntukan pembangunan.

Begitulah lagu dikir barat Umno-BN yang dituruti tukang karut mereka. Dari dulu sehingga kini, sama sahaja. Mungkin juga untuk selama-lamanya.

detikdaily





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive