Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 06, 2010

Bonus raya kakitangan awam mampu mangsakan yang lain, Najib harus letak jawatan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


KUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan kerana beliau gagal menhidu kesusahan kakitangan awam dengan hanya membayar bonus RM500 setelah terdesak dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang berhubung bonus raya.

Menurut Badrul Hisham, oleh kerana belanjawan 'surplus' maka Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus duit raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awamnya yang akan dibayar sebelum Syawal 1431.


"Itulah permulaan politik pemberian bonus. Ini bukan sahaja membuktikan pengurusan ekonomi kerajaan negeri baik tetapi merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada kakitangan awam yang beragama Islam yang bakal menyambul Edulfitri.

"Ini secara tak lansung membasuh sedikit serangan tohmah bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak cekap mengurus ekonomi, tak menghargai kakitangan awam dan tidak sensitif dengan orang Islam atau Melayu. Malah tambahan bagi guru Kafa dan seumpamanya cukup menarik perhatian," katanya.

Mungkin panik dengan pemberian tersebut maka Najib pula kemudiannya mengumumkan pemberian RM500 juga kepada semua kakitangan awam dan pesara.

Lebih 1.24 juta kakitangan awam dari gred 1 hingga gred 54 dan 590,000 pesara menikmati bonus raya tersebut yang melibatkan RM934.6 juta, katanya.

Amat pelik dalam keadaan buget regim pusat defesit teruk dan regim baru sahaja menghukum rakyat dengan menarik subsidi gula dan minyak yang menyebabkan kenaikan mendadak regim ini memberikan bonus, katanya.

Bonus seharusnya diberikan apabila sebuah syarikat atau organisasi memperolehi keuntungan tetapi semata hannya untuk saingan politik regim memberikan juga bonus raya, katanya.

Lebih pelik lagi regim kononya tidak dapat mengelakkan kenaikan gula dan minyak yang menyebabkan rakyat terseksa dengan kenaikan hampir semua kos perkhidmatan dan barang keperluan kononya kerana terpaksa menyelamatkan RM750 juta, katanya.

Menyelamatkan wang subsidi (RM750 juta) ini penting untuk mengelakan negara bankrup seperti yang dijangkakan oleh Idris Jala seorang anggota kabinet regim, katanya.

"Kerana mahu menyelamatkan RM750 juta itulah hampir semua rakyat terseksa dengan kenaikan kos hidup mendadak, malangnya untuk persaingan politik regim sanggup mengeluarkan RM934.6 juta pula," katanya.

Hujah memberikan kakitangan awam bonus raya kerana membantu mereka dalam menghadapi perayaan dalam keadaan kos yang meningkat juga memperakui kegagalan pengurusan ekonomi oleh regim, katanya.

Namun tahu atau tidak kakitangan gred 1 yang bergaji tinggi (baca: amat tinggi) juga memperolehi RM500 tersebut, dan kerajaan pula menaarik subsidi dari semua rakyat yang khususnya susah tetapi bayar bonus kepada golongan kaya yang tak terasa perit kenaikan harga, katanya.

Persoalanya di sini tiap kali kenaikan gaji atau pemberian bonus pasti mengakibatkan kenaikan harga barang, ujarnya.

"Jangan nak bohong kalau regim ini berkata harga barang tidak naik dan terkawal. Suruh menteri pergi pasar beli barang baru mereka tahu bagaimana kenaikan harga mendadak berlaku. Regim gagal mengawal harga dan pemberian bonus ini sedikit sebanyak juga telah menyuntik kenaikan harga lagi," katanya.

Bagaimana dengan mereka yang bukan kakitangan yang merupakan jumlah lebih ramai dari kakitangan awam, katanya.

Mereka tidak punya bonus, mereka kini banyak yang tak mendapat peluang kerja lebih masa sementara kos yang naik angkara pemberian bonus raya ini akan menjadi perangkap maut kepada pekerja-pekerja yang bukan kakitangan awam, katanya.

"Politik pemberian bonus raya ini berita gembira bagi 25 peratus rakyat tetapi mungkin perangkap maut bagi selebihnya. Ini harus dicatat dalam merakam KPI Najib selaku Menteri Kewangan ternyata dia gagal lagi dalam mengurus ekonomi," katanya.

Justeru Perdana Menteri disarankan melepaskan jawatan selaku menteri kewangan kerana gagal mencapai KPI yang mereka sendiri tetapkan, katanya.
DD

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/9/10 6:53 PG

    NASIB LA... PM KITA BANGANG MACAM LEMBU, TAK LAYAK JADI PM.... JKKK(P) BOLEH LA...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/9/10 6:56 PG

    selagi umno memerintah malaysia, masalah macam ni biasa la... tekan rakyat miskin...bela golongan kaya demi kelangsungan hayat politik...sama-sama la kita doakan agar umno terkubur dalam pru 13 nanti.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/9/10 6:58 PG

    cilako punya pm

    BalasPadam
  4. PM mcm lembu la..tekan rakyat miskin laa..nak buat pulau pinang contoh konon..piraah..klu PM lembu u tu sapa..sapi? tekan rakyat miskin? dah BALOQ LIAT..ada jugak nyang nak membela..cakap tu tgk2 skit..yang membuta saja nak imbuhan berlambak rata jalan..tak yah habaq..doa kan org lain masuk kubur..u nak pi mana? naik langit..Bila Tan Sri Musa cakap skit buka ceta dah sokong n bagi semangat plak..dulu bantai dia hari2 tak tya pendapat sapa pun..la dah pandai ubah ceta..loya la dgn prangai hampa nii..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama8/9/10 10:28 PG

    lintangjalong,hang saja yg buta & tak sedaq2 lagi!Hang boleh pi kuboq sama2 dgn umno.Hahaha

    BalasPadam
  6. PM kita ni kedekut.. nak bagi Bonus pun kedekut giler. RM500 sorang, sikit tu. Duit gomen pegi mana? Puak2 UMNO yg dapat.. Juta2 TU.. Aku rasa next PRU ni hancur UMNO.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive