Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 10, 2010

Lawak Mr. Bean dekat Raya

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Cukup terdesak UMNO-BN. Kerana kini terpaksa memakai meriam katak yang lama tak digunakan. Biasanya kalau kat K.Terengganu hanya digunakan untuk letak peluru bedil bagi memaklumkan umat Islam dibandar K.Terengganu bahwa waktu berbuka telah masuk. Di waktu yang lain terpacak atas bukit tu buat perhiasan sahaja.

Layak macam museum. Meriam macam ni tak boleh masuk perang lagi. Berat nak mampus dan padan letih bawak pelurunya aje.Tapi dah kepupusan idea. Pimpinan UMNO-BN pun dah kepala karat. Rasa macam takde jalan keluar lagi dalam PRU-13. Nampak tersangat cemas. Dah habis tok bomoh dok tiup dan jampi. Dari tok batin kalangan orang asli Pekan sehingga APCO dari Israel.

 



Nampaknya politik Bung Najib dan Neng Rosmah makin menjunam. Jadi terpaksalah digalas meriam antik untuk membedil PAS-PR. Setelah serangan togel oleh Tan Sri Zainuddin Maidin tak menjadi kudis gatal pun kepada Pas. Terpaksalah recycle semula barang antik untuk buat berlaga semula. Lalu Tun Mahathir pun mula membebel menteranya…


Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas, yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.
Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, katanya, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengetepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata, pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.
“Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.
“Umpamanya, isu ternakan babi dekat kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya dalam wawancara khas bersama :UMNO-Online: yang dipetik laman portal itu di sini, semalam.
Mahathir berkata, golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Kekadang rasa kesian pun ada. Kalau dah macam Mohamed Ali yang kena penyakit Parkinson, terketar-ketar.. adakah munasabah diheret lagi hamba Allah itu untuk bertinju dan masuk gelanggang. Untuk apa? Untuk memalukannya atau untuk dipertontonkan gelagat dan aksinya? Memang le masa muda dia hebat tetapi sekarang dah tak releven lagi. Dah expired dah. Kalau makan pun boleh bawak keracunan. Kalau pakai pun buat suka dek orang aje.
Sepatutnya masa-masa macam ni, ruang untuk Tun Mahathir bertaubat. Bukan meracau dan sibuk untuk kembali dalam wacana agama yang bukan keahlian beliau. Bercakap tanpa nas tetapi berhujah berdasarkan logik tanpa bukti. Sekadar menggunaka kewarasan akal semata. Nanti makin dicakap makin nampak jahilnya dan makin timbul dendam kesumat terhadap perjuangan Islam yang sepatutnya di istighfar.

Apa yang dicakap sebenarnya apa yang dia lakukan. Orang yang biasa mencuri dia akan sentiasa menyebut tentang tabiat, prilaku dan tindakan mencuri sebagai peringatan kepada dirinya sendiri kerana dia menyangka orang lain juga mencuri sebagaimana dia mencuri. Mereka yang seperti ini sama dengan pepatah arab “ dia pukul saya tetapi dia menangis”. Tujuannya adalah untuk melindungi perbuatan buruk yang dilakukan lalu dilemparkan fitnah kepada orang lain.
Kesian… apa tugas naqib dan ulama UMNO sepanjang menjadi penasihat kepada Tun Mahathir. Janganlah diharap kepada ulama muda. Tetapi peranan ulama-ulama tua yang diberi jawatan penasihat berstatuskan menteri. Kedudukan dan gaji berpuluh ribu sebulan. Apa yang dinasihat sehingga istiqamah menentang perjuangan Islam sehingga ke penghujung usianya yang panjang itu. Atau memang ia tidak suka mendengar nasihat ulama kerana ia orang yang bijaksana dan tiada siapa berani menasihatinya?

Leteran Tun Mahathir terhadap Pas itu macam membebelnya orang yang dah nyanyuk. Tak perlu diambil pusing. Satu serangan untuk melihat kocakan air… hala mana buih akan timbul bagi menghadapi PRU 13. Kata-kata beliau hanya sebagai lawak dekat raya. Macam Mr Bean layaknya sebagai Pak Guard yang kecewa dan menjadi pengawal Royal National Galleri di London. Yelah.. mahir menjaga barang antic & lama di museum.
UMNO sejak ditubuhkan telah menjadikan Islam sebagai mangsanya. Sama seperti Indonesia dan kebanyakan Negara jajahan kristian. Sebelum merdeka meskipun para ulama dan pejuang Islam yang berjuang untuk kebebasan maupun kemerdekaan tetapi yang tertegak adalah pancasila. Yang tertegak adalah sekularisme & nasionalisme. Bukan Negara Islam. Umat islam menjadi mangsa diskriminasi dalam mempraktikkan Islam yang syumul yang mencakupi ekonomi, sosial, politik, undang-undang dan sebagainya tetapi dipaksa dalam kepompong ibadah dan berfungsi dalam masjid. Tidak boleh dibawa ketengah medan untuk diarus-negarakan.
Siapa yang memangsakan pendidikan Islam? Tulisan jawi dinyahkan yang merupakan khazanah paling berharga bangsa melayu Islam. Siapa yang memartabatkan bahasa penjajah? Siapa yang menyisihkan pendidikan Islam dan memartabatkan pendidikan kebangsaan sekian lama? Siapakah yang menghapuskan perkapita SAR? Siapakah yang menghapuskan kurikulum agama Tinggi dan bahasa arab disekolah-sekolah arab yang dimilik-negarakan. Siapakah yang menghapuskan module pendidikan akhlak dan pengajian Islam diperingkat tinggi dan universiti yang dianggap tidak perlu dan penting?

Siapakah yang menghina hukum-hakam & syariat Islam. (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive
- Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah.
- Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu.
- Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir". Itu baru sebahagian daripada kata-kata yang menghina Islam oleh beliau dan tidak terdengar sepatah kata taubat dan menarik balik kenyataan beliau. Apakah beliau sudah lupa. Apakah beliau juga melayu yang mudah lupa?

Siapakah yang memangsakan PAS, pemimpin dan ahlinya? Apakah dosa-dosa mereka. Ada yang dibunuh seperti Ibrahim Libya & Samad Ghul. Ada yang dipenjara. Ada yang ditukar kerja, dibekukan jawatan, dipecat, didiskriminasikan dan sebagainya hanya kerana mereka itu menyokong PAS.
Siapakah yang memangsakan kerajaan Pas. Sepanjang 20 tahun Pas memerintah Kelantan terlalu banyak kezaliman yang dirasai. Ketika Pas memerintah Terengganu dengan penarikan royalty, penubuhan JPPP, pembentukan JKKK sebagai kerajaan dalam kerajaan dan bermacam-macam ada yang tak muat catatan untuk dicatatkan.

Kerja Siapakah semuanya ini? Kalau dahulu jawapannya adalah penjajah! Penjajah! Penjajah! Tetapi selepas merdeka semuanya angkara UMNO! UMNO! UMNO!
Sebenarnya terlalu banyak noda & dosa UMNO terhadap Islam dan perjuangan PAS. Mereka boleh meneruskan lagi fitnah itu tetapi hari ini rakyat lebih tahu Islam daripada pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Mereka tahu siapa yang benar dan siapa yang salah dan Allahlah yang lebih layak untuk menghakiminya. http://ustsaifulbahri.blogspot.com


DD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive