Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 05, 2010

Pelawak Terkenal Datuk Yusof Chong Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Datuk Yusof Chong meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi.



Beliau berusia 63 tahun.



Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima hari lepas setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.



Anak ketiga Allahyarham, Ahmad Nuzul, 28, berkata kali terakhir beliau bertemu ayahnya kira-kira 1 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.



"Kali terakhir jumpa dengannya, ayah beritahu dia tidak akan sambut raya tahun ini bersama kami lagi.



Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak tahun 2000 yang memerlukannya kerap mendapatkan rawatan.



Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang periang, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat perihal anak-anaknya.



Selain Ahmad Nuzul, Yusof meninggalkan empat lagi anak iaitu Zaliana, 32, Ita Zahirah, 30, Ahmad Shatri, 24, dan Siti Nurbaya, 20.



Isterinya, Zaleha Osman meninggal dunia pada 1994.



Sementara itu, presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan negara.



Allahyarham terkenal dengan lawak jenakanya yang sering meniru gaya beberapa tokoh negara.



-- BERNAMA



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive