Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 03, 2010

Remaja setubuh luar tabii dipenjara 10 tahun, 2 sebatan

KLANG - Akibat ingin memuaskan nafus serakah, seorang remaja dipenjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan selepas dia mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul dua adik kandungnya yang berusia 11 dan 8 tahun, tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya memerintahkan hukuman itu, selepas tertuduh yang berusia 20 tahun menukar pengakuan kepada bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan.

Hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkapannya iaitu pada 6 Mac 2009.

Dia dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu pada 4 Mac 2009, antara jam 1.30 pagi hingga 2.05 petang di rumahnya Taman Seri Putra, Banting dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adiknya yang berusia lapan tahun.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tarikh, masa dan tempat yang sama, dia melakukan kekerasan jenayah terhadap adiknya yang berusia 11 tahun dengan cara menindih dan mencium mangsa bagi tujuan mencabul kehormatannya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun, denda atau sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada 5 Mac, kedua-dua mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang juga seorang peniaga restoran.

Beliau kemudiannya ditangkap keesokan harinya setelah ibu mereka membuat laporan polis.

SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive