Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu ditangkap Khalwat.


KUALA TERENGGANU – Seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Sidang DUN semalam.

Ahmad Razif berkata daerah Dungun mencatatkan kes tertinggi dengan 55 kes tangkapan khalwat diikuti dengan 39 di Besut, Kuala Terengganu (35), Marang (29), Kemanan(16), Setiu (8) dan 5 kes di Hulu Terengganu.

Beliau berkata pegawai penguatkuasa dari Jabatan Ugama Negeri telah menangkap mereka yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ itu semasa menjalankan operasi.


Sehubungan itu, Razif berkata, tindakan memberi awasan dan kesedaran kepada pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dinegeri ini dilakukan bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan maksiat tersebut.

Katanya, pegawai dari Jabatan Ugama sentiasa berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan belia dan pelajar dalam memberikan nasihat dan panduan bagi menangani gejala sosial itu.

Pihak pejabat ugama juga, katanya, sering mengadakan pemeriksaan dan serbuan keatas hotel, chalet, pusat-pusat hiburan dan taman-taman rekreasi bagi mencegah kegiatan maksiat itu.

buletinonline


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. tula sebokkk kejar peratus peksa sampai lupa blajar tentang akhlak dan agama...ntah ntah masa matapelajaran agama tukar jadik matapelajaran yang masuk peksa....wat malu org ganu je

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive