Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 20, 2009

Bagi orang lemas, sehelai rumput pun berharga. | Nizar News





Bila tengok cara Umno BN berkempen di PRK N11 Permatang Pasir ni teringat kami akan perbuatan orang yang sedang kelemasan di sebatang sungai yang dalam dan deras aliran airnya.

Bagi orang yang lemas, usahkan berpaut pada sebatang pokok yang teguh berdiri, dapat memegang hujung sehelai rumput pun dikira satu usaha besar untuk selamatkan diri dari lemas dan tenggelam.
Walaupun agak mustahil sehelai rumput dapat menyelamatkan dirnya dari lemas, tenggelam atau dihanyutkan arus deras, tetapi apa yang boleh dibuat hanya itu peluang dan ruang yang ada. Bila dalam situasi segenting itu, daya berfikir pun dicelarukan dengan suasana dan perasaan cemas yang makin mencengkam diri.

Pada saat-saat semacam ini, awas bagi mereka yang berhasrat menolong. Silap haribulan, kita pula yang akan menggantikan tempat mereka. Kita lemas, mereka lepas.

Begitu jugalah lagak gayanya Umno sekarang ini, mereka jelas sedang kelemasan. Pilih calon pun jenis yang bermasalah, kaki seleweng dan awal-awal lagi tidak menunjukkan sikap amanah.

Dengan segala perkara negatif yang ada pada Umno BN, PKFZ, Derma RM10juta, siasatan terpilih, kematian Beng Hock dan sebagainya, akan bisa membuatkan Umno BN untuk memikirkan cara untuk selamatkan diri. Mereka akan gunakan segala macam cara yang ada, halal apatah lagi haram.

Pada masa-masa sebegini, jangan sesekali ada yang cuba nak jadi hero, selamatkan Umno BN yang sedang kelemasan. Awas kalau ada yang berfikiran sebegitu.
Sebab bila anda mendekati mereka (Umno BN), mereka akan merentap kolar baju anda, lemaskan anda semata-mata untuk selamatkan diri mereka. Pada waktu genting itu, tiada guna lagi kita menyesal.
Nasi bukan setakat sudah menjadi bubur, malah mungkin sudah tercerna ke dalam bentuk lain yang jijik lagi menjijikkan.


Satu pandangan oleh:
www.pemudakemehe1.blogspot.com


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive