Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 21, 2009

BN Guna Tentera; Zahid Tipu? | Nizar News




PERMATANG PAUH – Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar menyanggah penafian Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pilihanraya terbabit.

Beliau berkata, dakwaan Zahid kononnya kor perubatan tentera berada di Permatang Pasir adalah kerana program ‘jiwa murni’ dan bukan bertujuan politik .

Mahfudz mempersoalkan, ’Sesiapa di sini boleh yakin dan percaya kenyataan Zahid itu?

Menurut Mahfudz kor perubatan tentera tersebut di letakkan dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

”Kor perubatan tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir, kalau tidak bertujuan politik, itu bertujuan apa?,

”Di tangan saya ini, ada beberapa gambar bukti ‘UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’, khususnya pengundi Permatang Pauh sendiri,”tegas Mahfudz.



Katanya, adakah Zahid juga mahu berbohong dan mengkhianati amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati oleh calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Tegasnya lagi, yang mengatakan Rohaizat sedemikian, bukan PAS tetapi tetapi bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak.

Menurutnya, beliau dimakluman, Yusri sudah mula berkempen untuk membersihkan dirinya dari fitnah yang ditohmah oleh UMNO/BN ke atas dirinya.

”Fitnah tersebut menjejaskan maruah keluarganya. Malam ini (20 Ogos), saya mendapat makluman, Yusri akan terus kemben bersih diri dan keluarganya di atas mana-mana pentas yang diberikan,”tambah Mahfudz

BO


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive