Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 16, 2009

DAP dan PKR Lancar Jentera Bantu PAS Hadapi UMNO | Nizar PRK


Calon PAS di Permatang Pasir, Mohd Salleh Man nampaknya akan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP, lapor harakahdaily.

Pagi tadi, DAP melancarkan jentera kempennya untuk membantu PAS manakala PKR pula akan melancarkan jentera kempennya malam ini.

Mungkin kekompakan mereka diperolehi selepas Bengkel Memperkasakan Pakatan yang diadakan sehari suntuk di Petaling Jaya baru-baru ini.

DAP melancarkan jentera gerakan di Taman Ciku, Bukit Mertajam pagi tadi untuk memulakan langkah menyerang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir.

Pelancaran itu dilakukan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng bersama Calon PAS N11, Mohd Salleh Man.

Semasa berucap Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan media pro Umno dan BN jangan terlalu mendewa-dewakan kepimpinan BN seolah-olah mereka semuanya berkuasa.

Sepatutnya, media yang ada tidak terlalu mirip kepada dasar-dasar atau aktiviti BN sebaliknya membanyakan sama program Pakatan Rakyat yang juga merupakan pemerintah di lima buah negeri.

Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru.

"Jangan terlalu ego menyiarkan berita yang merendah-rendahkan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama memuji usaha kerajaan walaupun ianya menyalahi undang-undang, " katanya di hadapan ratusan petugas yang senantiasa menanti arahan mengerakkan serangan ke atas BN.

gb


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. AKUM/ Selamat berjuang pada jentera pilihanraya permatang pasir dari DAP.PAS.PKR. jangan henti tegakan kebenaran demi keadilan untuk rakyat malaysia. walaupun pahit getir macam mana pun kita kena usha dengan gigih memberi penerangan kepada rakyat di PP supaya mereka tidak tertipu denga dakyah wang ringgit dari parti hampeh umno nazakullah itu. meskipun kita berpuasa nanti kempen mesti diteruskan dengan berkat kesabaran pentunjuk dari ALLAH pasti akan sampai kepada kita semua. wslm anak selangor sungai burung

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive