Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 03, 2009

DEMO ANTI ISA TAK CUKUP GANAS


Perarakan dalam keadaan aman damai sekiranya tidak diganggu


Lagaknya macam nak tembak gagak...TEMBAKKKK!!!


Asap dah mai woiiii!!! ceplot betoi la depa ni...

Demonstrasi Anti ISA yang dianjurkan pada 1 Ogos 2009 adalah demonstrasi yang aman.Pihak penganjur telah memberi jaminan tiada provokasi.Yang menjadi kecoh adalah bila mana pihak berkuasa mula menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan tersebut.Gas pemedih mata ini pula ditujukan sesuka hati ke arah orang ramai.Ada yang tidak kena mengena dengan protes itu juga turut tersedut gas pemedih mata.

Sekiranya pihak berkuasa dapat mengawal pergerakan peserta demo tersebut sepertimana mereka mengawal pergerakan peserta Le Tour De langkawi sebagai contohnya,maka sudah tentu tidak akan berlaku kekecohan dan peserta demo akan selamat sampai ke destinasi mereka.Bayangkan jika pihak berkuasa menembak gas pemedih mata ke arah pelumba basikal Le Tour de Langkawi.Sudah tentu suasana akan lebih kecoh daripada apa yang terjadi pada 1 Ogos kelmarin.Kalau tak kena hempuk dengan basikal saja la.

Jadi sekiranya Perhimpunan Anti ISA tidak boleh disamakan dengan perarakan Maulidul Rasul,kita boleh menyamakannya dengan lumba basikal Le Tour De Langkawi.Apa yang penting adalah niat pihak berkuasa itu sendiri,samada ingin memberi perlindungan ataupun menghalang sesuatu acara itu.Kerjasama daripada pihak berkuasa amat penting bak kata wonderpets,"apa yang penting..kerjasama". Maka akan bersesuaianlah dengan matlamat pihak berkuasa iaitu untuk menjaga keamanan bukan mencetus kekecohan.

Walaubagaimanapun jika diperhatikan,pihak berkuasa di Malaysia masih beruntung kerana peserta demo di sini tidak cukup ganas jika dibandingkan dengan penunjuk perasaan di luar negara.Mereka tidak membawa apa-apa senjata pun semasa berdemo. Sebaliknya mereka hanya diberi gambaran buruk oleh media milik Umno BN. biaqpila.blogspot.com...apa ada hal.


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. assalam..

    dah tau kena sembur kan.kan..10 kali demo pun kena sembur ..tak pernah kena sembur..
    lain kali sewa KERETA kebal..bebaloi tak yah lari..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive