Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 01, 2009

GMUKM gesa mahasiswa turun demo anti-ISA 1 Ogos




Gabungan Mahasiswa Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyokong perhimpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini dan mengajak mahasiswa ramai-ramai turun ke jalanan bagi membantah akta zalim itu.

Pengerusi GMUKM, Hishamuddin Che Ali berkata, Gabungan turut itu menyokong ketegasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan juga para pemimpin BN lain termasuk daripada Pakatan Rakyat dalam gerakan memansuhkan akta yang berusia lebih 49 tahun ini.

Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.

Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.

Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

“Kami menyokong ISA dimansuhkan bukan berdasarkan emosi semata-semata tetapi berdasarkan hujah akedemik yang berlandaskan kebebasan mengeluarkan pendapat sepertimana peruntukkan Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kita”, ujar Hishamuddin.

“Antara hujah yang boleh dikemukakan kenapa ISA perlu dimansuhkan ialah daripada faktor kuasa kehakiman yang perlu diberikan semula kepada hakim dan bukannya Menteri Dalam Negeri seperti yang dapat dilihat dalam peruntukkan Seksyen 8(1) ISA itu sendiri.”

“Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.

Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.

“kita sepatutnya memberi peluang kepada setiap warganegara hak sama rata di sisi undang-undang serta hak untuk akses kepada peguam dalam masa 24 jam”, ujarnya yang juga merupakan aktivis mahasiswa.

Tambahnya lagi, penyeksaan dalam tahanan ISA seperti perbuatan memukul, penanggalan pakaian, soal siasat selama 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka dan pelbagai lagi kezaliman lain adalah satu prosedur penyiasatan yang tidak boleh diterima oleh akal dalam dunia yang terbuka pada hari ini.

“Mahasiswa amat tersentuh dengan kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara.”

“Kes anak tahanan ISA yang tidak sempat melihat ayahnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan kisah-kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada ahli Parlimen untuk menghapuskan undang-undang rimba ini”, ujarnya.

Katanya, GMUKM turut melihat ISA bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara dan juga konsep kedaulatan undang-undang walaupun diharuskan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi mencegah kegiatan subversif.

Justeru itu, katanya, hanya satu jalan yang boleh diambil iaitu ISA perlu dimansuhkan dan kerajaan boleh meluluskan undang-undang untuk menangani masalah-masalah tertentu yang melibatkan ancaman negara seperti undang-undang mencegah penyeludupan, pemalsuan pasport dan seumpamanya.

Hishamuddin juga berkata isu ISA amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.

“GMUKM menggesa agar mahasiswa turun beramai-ramai esok dan jangan takut dengan ugutan polis kerana setiap warganegara dilindungi oleh undang-undang berkaitan hak asasi seseorang”, ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa polis tidak akan berani bertindak kerana takut tekanan antarabangsa dan pada masa yang sama melihat bahawa rakyat telah sedar akan hak mereka untuk menyuarakan pandangan dan berhimpun selagi tidak menyentuh soal hasutan mahupun fitnah.-mahasiswakini

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive