Jumaat, Ogos 14, 2009
Isu Arak Di Selangor Selesai, Kata Anwar
PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu penjualan arak di Selangor telah selesai kerana Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan anggota jawatakuasa DAP pusat, Ronnie Liu bersetuju mematuhi arahan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Sambil mendakwa isu tersebut diperbesarkan oleh media, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata isu berkenaan boleh ditangani dengan baik dan tidak berlaku sebarang perselisihan faham.
"Masalah yang digembar-gemburkan oleh media mengenai isu arak di Selangor ini telah selesai dengan baik. Pendirian kita tetap sama, iaitu tidak menggalakan percambahan penjualan arak kepada orang Islam tetapi penjualan arak kepada orang bukan Islam kekal seperti sekarang. Tidak ada masalah berbangkit.
"Pada saya, isu arak ini sengaja dibangkitkan bagi menyorok isu mengenai PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan rasuah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Tropicana Golf and Resort di sini Khamis.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ketika mengulas perkara itu mendakwa isu arak tersebut merupakan isu lama dan diwarisi daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN).
"Pun begitu, kita dapat selesaikan dengan baik, tanpa menyentuh antara satu sama lain di mana Islam dapat dilaksanakan dan orang bukan Islam dijamin haknya. Yang penting kita (Pakatan Rakyat) bersatu walaupun kita berbeza pendapat dan ideologi. Apa guna kita bersama kalau tidak bersatu," katanya.
Pada 7 Ogos lepas, kerajaan Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja.
Sebelum itu, wujud desakan daripada Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor supaya kerajaan negeri mengkaji balik portfolio Liu dalam barisan exco negeri itu.
Hasan yang turut hadir pada mesyuarat tersebut ketika ditanya mengenai hasratnya untuk meletak jawatan exco kerajaan negeri, berkata beliau akur dengan keputusan yang diputuskan Menteri Besar Selangor.
"Tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan. Kita setuju dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim)," katanya.
Beliau kini senada dengan Liu, akur dengan keputusan pucuk pimpinan pakatan itu.
Ditanya sama ada keputusan berdamai itu dibuat bagi kepentingan politik Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini, beliau bagaimanapun menafikannya.
Kepada satu soalan, Liu yang ditanya sama ada permohonan maaf antara kedua-duanya telah dibuat, bagaimanapun enggan menjawab dan hanya bersalaman dengan Hasan.
Mesyuarat pakatan pembangkang itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, tokoh veteran DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
-- BERNAMA
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Ogos
(396)
- Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya | pkfz
- Lim Cabar Koh Berdebat Dan Bukan Proksinya
- BN kalah dalam kalah di Permatang Pasir | pkfz
- Agenda politik tersirat di sebalik perarakan kepal...
- Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan | Nizar News
- TAZKIRAH RAMADHAN YB TAIB AZAMUDDIN
- Kalau UMNO, buat apa saja boleh?
- Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris | N...
- Ramadan, Merdeka Imbau Tugas Abdullah Di Baling
- ADUN Kota Seputeh serah kepada SPR
- Ahmad Said Nak Naik Ke Bulan | pkfz wohulu
- KOTA SEPUTEH MIMPI NGERI TERBARU UMNO BN
- SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
- KEDAI MEE SEDAP PORT KAKI PONTENG POSA
- Perhimpunan Aman Tanpa Kepala Lembu | pkfz
- ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini...
- Jadi gemuk kerana banyak hutang
- Kepala Lembu PAS? | pkfz
- Lelaki maut, isteri dan anak parah dirempuh treler
- Polis berkawal di Seksyen 23
- Debat, UMNO Negeri vs UMNO Cawangan? | Nizar news
- Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia | ...
- Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa | Nizar News
- LAWAK AHAD : Debat Tambah Bini
- Harapan Rakyat Kepada Kerajaan Kedah
- Jemaah melimpah ke Stesen lrt Masjid jamek
- Pembantu ADUN nyaris dirogol
- Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam | pkfz
- Heret Kepala Lembu : Pakatan Rakyat Jumpa Polis
- Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaa...
- Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan | Nizar...
- Khalid: Umno dalangi demo heret kepala lembu | pkfz
- MCA Retak Menunggu Belah ?
- Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ...
- Pas tunggu kemenangan ke-8 | : pkfz
- LAWAK RINGAN-RINGAN UMNO
- ARAK DAN ARAK KEPALA LEMBU | pkfz
- BASUH JANGAN TAK BASUH | pkfz
- Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-B...
- PR belum terlintas pelawa Soi Lek | pkfz
- SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki - INKUES...
- Lintas Langsung Dari LUNAS | pkfz
- Temui ajal waktu berbuka
- Arak kepala lembu bantah pindah kuil
- Dilema Politik Dan Perut Rakyat | Nizar News
- SPRM: Pejabat Teoh Beng Hock Diserbu Tanpa Notis
- Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat...
- Serangan terhadap PR tidak menjadi: Siew Fook | Ni...
- Amalan Pilihan Bulan Ramadhan
- Hari Bekerja Punca Undi PAS Merosot
- Isu minuman keras selesai: Dr Hasan
- KONVESYEN PIAGAM PAKATAN RAKYAT - ZAID
- Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena | pkfz
- KERAJAAN HILANG JUTAAN RINGGIT
- Tuduhan Muhyiddin mengarut! - Mustafa Ali | pkfz
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1430...
- Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?
- KHAIRY KENCING ATAU DIKENCING? | Nizar News
- Jangan risau, kerajaan Kedah tak tumbang | pkfz
- Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zamb...
- 197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu dita...
- Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang | pkfz
- Hari bekerja punca majoriti berkurang | Nizar News
- DS ANWAR BERLEPAS KE JEDDAH
- Potong bekalan, pekerja TNB kena tetak
- Bola sepak Perak dibelenggu rasuah?
- Kes seks: MCA pecat Dr Chua
- Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan
- Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak |...
- PKFZ: Kemungkinan wujud konspirasi 5 pihak
- Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti
- Kartun Dalam Negeri (KDN)
- Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir | Niza...
- Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar...
- RAKYAT TAK NAK BN BUKAN TAK NAK PERUBAHAN | Nizar ...
- Perkembangan Inkues Teoh Beng Hock
- Keegoan BN tertimbus di Permatang Pasir - Mahfuz ...
- PERMATANG PASIR PILIH ANAK SALLEH (SOLEH) DARI ANA...
- BN kekal tewas di Semenanjung | Nizar News
- Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?
- DATUK SHAH RUKH TAK POSA PENUH RUPANYA
- Lebih Lima Ribu Rakyat Rai Kemenangan Salleh | Niz...
- Mayat lelaki bercoli dalam kolam
- Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa ...
- Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR
- KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR - PAS MENANG
- UMNO BN DIJANGKA KALAH BESAQ | Nizar News
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 7.40 PTG
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 6.00 PTG
- FRU PUN TAKUT DENGAN H1N1 JUGAK EK? | Nizar News
- BN sangka Pakatan Rakyat jahat seperti mereka | Ni...
- LAPORAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR
- Anwar Yakin Calon Pakatan Menang | Nizar News
- Sekat kuasa SPRM: Pekeliling kerajaan Selangor dic...
- P.PASIR: APA KATA CALON BN DAN PAS | Nizar News
- Seruan dan Rayuan pimpinan Pakatan Rakyat | Nizar ...
- 64 Peratus Setuju PAS Akan Menang | Nizar News
- Surat misteri: Inkues Teoh Beng Hock tegang Gobind...
- TAK JADI SEBAT DI BULAN PUASA
- Biar majoriti tak kurang 5 ribu | Nizar News
-
▼
Ogos
(396)
semua tu wayang je demi RM agama jadi taruhan
BalasPadambila tak ada kuasa kita buka mata tapi bila ada kuasa kita pejam mata
BalasPadammcmtu lah yang dok ada