Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 04, 2009

KEJOHANAN BERTUMBUK UMNO DI KELAB GOLF


Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.

Pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu.

Keadaan bertambah tegang apabila berlaku tumbuk menumbuk melibatkan beberapa orang. Keadaan bagaimanapun dapat dikawal polis tidak lama kemudian.

Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Jubai, Mohd Zohari Abu Seman mendakwa abangnya, Ridzhuan Abu Seman telah diganggu oleh seorang individu dalam UMNO bahagian itu yang Ridzhuan meletak salah satu jawatan yang dipegang.


“Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Kampung Jubai, Saudara Ridzuan Ramli. Kami datang bukan nak bergaduh, cuma mahu menyampaikan memorandum bantahan kami terhadap individu berkenaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Masalahnya, apabila kami sampai, kami telah disekat oleh orangnya yang mengakibatkan berlaku kekecohan. Saya ingin mempersoalkan, dalam bidang kuasa apa, dia berkuasa mengarahkan abang saya memilih salah satu jawatan yang dia sandang sekarang ini.

Abang saya merupakan kakitangan Tekun Nasional dan merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Serai. Dia mendesak abang saya dan menyatakan kalau mahu terus bergiat dalam Belia 4B, letak jawatan sebagai pegawai Tekun. Apa hak dia untuk melucutkan jawatan orang. Keputusan itu yang saya pertikaikan dan laporan polis telah dibuat terhadapnya,” katanya.

kraiutara

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

21 ulasan:

  1. Laa awat jadi lagu tu? Patutnya benda tu boleh diselesai cara baik, cara rundingan. Saya pun ada buat komen dalam blog saya:-

    http://cicittoknadoq.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4/8/09 10:33 PG

    Perangai orang umno memang lagu tu. Kalau tak gaduh ka bertumbuk ka tentu tak sah.Ini semua gara-gara nak dapat projek la tuuuu

    BalasPadam
  3. memang orang umno ddan bn suka bertumbuk. diorang baka samseng...kalau tumbuk orang pas tak pa jadi sekali sekala tumbuk la orang umno....bos dia dulu tubuh squad pemuda tahan lasak...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama5/8/09 9:12 PTG

    hampa kata keoraang sedap aja....hampa tu baik sangat ke..sembahyang tak tentu hala..tambah dosa mengata pula.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama5/8/09 9:17 PTG

    orang pas kat kg aku berzina dgn bini orang...lepas tu anak dia main judi, x sembahyang....apa cerita niii...?

    BalasPadam
  6. apa?
    kerja kat tekun
    pegang jawatan dalam belia 4B?

    patut la korup

    BalasPadam
  7. Dia Berzina Dengan Siapa Pun..Dia Berjudi Apa
    Pun..Dia Tak Sembahyang Pun..Dia Apa Pun..Itu
    Antara Dia Dengan Allah...Doa Sahaja Moga2Nya
    Diberi Allah Hidayah Untuk Bertaubat..Rasanya
    Itu Tidaklah Seteruk Mereka2 Yang Mencuri Dan
    Mengambil Hak Orang Lain....Menyusahkan Orang
    Lain..Memfitnah Orang Lain....Menyalahgunakan
    Kuasa..Rasuah..Membunuh Dan Menganiaya..Dosa2
    Dengan Allah Ada Taubat Ada Keampunan...Dosa2
    Dengan Manusia?? Andai Tidak Di Maafkan Orang
    Terbabit Atau Orang Terbabit Meninggal Dunia,
    Tidak Sempat Untuk Memohon Maaf?Akhirat Nanti
    Pikul Lah Dosa2 Orang Terbabit Atau Berikanla
    Pahala2 Kita Kepada Orang Terbabit..Renungkan~

    BalasPadam
  8. memang dasar orang pas...kalau puak dia buat salah tak apa bedosa dengan Allah..kalau puak lain tak bolah...tulah..inilah..hehehe Andri Syukri bengong nampak sangat hang tu berat sebelah...aku tak sokong mana-mana...umno tak..pas pun tidak..lu fikirlah sendiri...

    kat kampong aku banyak tak baik orang pas ni...klu curi lembu tu salah dengan Allah sahaja ke...ada orang pas curi lembu...

    BalasPadam
  9. TGNI aku respek...tapi puak-puak pencacai ni aku tak berapa nak yakin atas keikhlasan mereka berjuang....ada setengah tu tah apa mereka perjuangkan...

    nak kata perjuangkan Islam...masjid tak pernah pergi..anak pulak hisap dadah...(isap dadah tak apa berdosa dengan Allah aja kan Sukri...hehehe..) klu cam tu boleh isaplah lepas tu mintak ampun.....??????

    BalasPadam
  10. TGNI?Tuan Guru Nurul Izzah Ke?Haha..~!Kau Tak Sokong PAS..Tak Sokong UMNO..Tapi Kau Bahan Orang PAS Lebih Dari Orang UMNO...Kalau Kau Ada Masalah Dengan PAS..Lantakkanlah...Yang Kau Nak Dok Mempermainkan Perkara2 Dosa Pahala Dengan Allah Ni Ape Kes?Yang Kau Nampak Orang PAS Jahat..Apa Orang UMNO Semua Maksum Ke?Confirm Masuk Syurga? Yang Tidak Sokong Mana2 Parti Pulak Pegangan Agama Dia Mcm Mana?Mantap?Benci2 Orang Kat Mahathir Ke..Najib Ke..Pak Lah Ke.. Kat Tuan Guru Nik Aziz Ke..Kat Anwar Ke..Dosa Pahala Diorang Siapa Yang Tahu?Yang Mencuri Bak Kata Kau Tu(Orang PAS)..Yang Hisap Dadah Tu(Orang PAS)..Yang Tak Pernah Pergi Masjid Tu (Orang PAS)..Yang Kau Kata Diorang Perjuangkan Ke Tidak ISLAM Itu..Yang Kau Tidak Yakin Tu..~ Kau Siapa Nak Mempersoalkan Keikhlasan Diorang? Ikhlas Itu Kata Saidina Umar Ibarat Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Waktu Gelap Malam..Hanya Allah Yang Nampak Dan Mencatitnya..Malaikat Pun Tidak Mengetahuinya..Kau Cakap Diorang Tak Pernah Pergi Masjid..Buat Jahat Itu..Jahat Ini..Semuanya Kau Tahu..Hebat..Boleh Jadi Perisik La Kau Ni..Ada Bakat..Eh..~Kau Ni Suka Jaga Tepi Kain Orang Rupanya..Baru Aku Perasan. Adoi..Payah La Macam Ni..Kira Kau Bukak Aib Orang La Kan..Takpe La..Membuka Aib Orang Hukum Nya Nanti Aib Kita Di Buka Pula Oleh Allah Di Akhirat Nanti..Aku Tak La Kata Itu Hukuman Kau Nanti..Itu Kerja Allah..Semoga Kau Sempat Lah Bertaubat Ya..Ni Akhir Zaman..Janji Rasullah Itu Benar..Zaman Kita Ini Penuh Dengan Orang Munafiq..~Islam Itu Ramai Tetapi Lemah...~Judi, Arak Dan Zina Tidak Di Pandang Jijik Lagi Oleh Umat Islam..~Pertelagahan Sesama Sendiri Di Kalangan Umat Islam..Masya Allah..Betapa Janji Kekasih Mu Ya Allah Sangat Benar..Lihatlah Hamba Mu Semua Di Bawah Mu Ini Ya Allah...Lihat Lah Umat Mu Ya Rasullah Yang Kau Sebut Mereka Tatkala Menjelang Wafat Mu Ya Rasullah..~

    BalasPadam
  11. "Mereka Itulah Orang2 Yang Di Ketahui Oleh Allah Akan Isi Hatinya, Oleh Sebab Itu Bantahlah Mereka Dan Nasihatilah Mereka, Dan Katakanlah Kepada Mereka Dengan Kata2 Yang Tepat Memberi Bekas Kepada Diri Mereka"... An Nisa':63

    Orang2 Yang Menyembunyikan Sifat Nifak Dan Segala Jenis Sifat Yang Keji Di Dalam Hati Mereka Itu Semuanya Telah Diketahui Allah..Allah Telah Menyeru Kepada Orang Mukmin Bila Menghadapi Orang2 Yang Seperti Ini Hendaklah Melayani Mereka Dengan Tiga Cara Iaitu:-
    1. Dengan Membantah Mereka..Yakni Menolak Segala Alasan Yang Mereka Bohong..Kerana Mereka Sebenarnya Tidak Mempunyai Keyakinan Yang Cukup Dan Kepercayaan Yang Penuh..
    2. Dengan Memberi Mereka Nasihat..Yakni Menegah Mereka Jangan Jadi Orang Yang Munafik..Kufur Dan Pendusta..Dan Hendaklah Mempertakutkan Mereka Dengan Seksaan2 Yang Disediakan Allah Untuk Mereka Di AKhirat..
    3. Dengan Memberikan Kata2 Yang Tepat Dan Dapat Memberi Bekas Kepada Diri Mereka..Iaitu Kata2 Yang "Baligh" Mengikut Ayat Ini Diertikan: Kata2 Yang Baik Sebutannya..Kata2 Yang Baik Erti Atau Maknanya..Kata2 Yang Terkandung Di Dalamnya Semangat Penggalak Dan Penggerun.. Kata2 Yang Berisikan Janji Dan Amaran..Dan Kata2 Yang Membayangkan Tentang Adanya Pahala Dan Seksa..Maka Kata2 Yang Demikian Akan Besar Pengaruhnya Kepada Jiwa Dan Lekas Berkesan Di Dalam Hati..Bukan Lah Dengan Mencerca.. Memperlekehkan..Menghina..Dan Menuduh Mereka Yang Berbuat Jahat..Kufur..Dusta Serta Munafiq..Bukankah Lebih Baik Mengajak Mereka Kembali Ke Jalan Yang Benar??

    BalasPadam
  12. heheheh.....sudah panas nampak,,andy sukri ni kalau puak2 dia kat atas tu kata apa2 pun tak apa....halal tak ada pulak nak nasihat kat dia orang tu....tapi kalau ada yang menentang arus, terus hentam macam-macam..boleh jadi penyiasat lah, jaga tepi kain orang lah, bela bela bela..
    kalau macam ni tak boleh jadi peminpin kerana nampak sangat berat sebelah...kalau sokong YES...kalau bertentangan pendapat NO...apa hal ni...
    Aku saja aja nak jolok orang pas ni...nak tengok betul ke yang aku dengar...
    Kalau kat atas tu depa kata orang umno bela..bela..bela tak adapulak yang tergerak nak beri nasihat....lu pikirlah sendiri...
    aKU cerita tu betul betul belaku...aku tak sebut pun kat mana sapa.....kalau nak aku bagi tau kat mana siapa...boleh....no hallll...

    BalasPadam
  13. Tak Panas Pon..Kalau Panas Baik Wat Bodoh Je Dari Melayan Orang Yang Tau Cakap..Jolok Sana Sini Tapi Hasil Apa Pun Takde..Yang Kau Nak Tengok Orang PAS..Orang UMNO..Mana Salah Mana Silap..Kalau Yang Salah Kasi Tegur..Bukan Kasi Kecoh Canang2 Satu Malaya..Kalau Dah Tahu Siapa Yang Salah Tu..Kasi Tegur La..Susah Ke?Kalau Susah Pas La Kat Orang Yang Lebih Layak Nak Tegur Ke..Tu Pon Nak Kene Ajar?Saluran Aku Nak Menegur Kat Sini..Kat Kawan2..Kat Orang Yang Aku Kenal..Yang Utama Keluarga Aku..Itu Je La Saluran Aku..Kalau Nak Aku Nasihat Satu Malaya Ni Mana Saluran Aku Nak Masuk?Menteri Dah Ada.. Pegawai Jabatan Agama Ada..Ustaz2 Ada..Diorang Bukan Tak Menyampaikan..Kalau Dah Orang Yang Tak Nak Dengar..Tak Nak Cari..Watpe Die Nak Heran?Sampaikan Kat Yang Nak Sudah La..Ada Kau Pernah Dengar Cikgu Cari Anak Murid Mengajar Bagai Nak Rak?Mana Yang Datang Sekolah Itu La Yang Di Ajarnya..Nak Ilmu Kena La Cari Sendiri Kan?Itu Kan Fardu Kifayah..Bukan Fardu Ain..Ni Kalau Tatau Hukum2 Fardu Ni Ha Aku Bagitau Biar Terang Jelas Lagi Bersulu..Kot Tatau Gak Aku Tatau La..Patut La Takde Pendirian..Sokong Ini Tidak Sokong Itu Tidak..Tatau La Dalam Hal Agama Ada Pendirian Ke Tidak..Nasib Baik Malaya Ni Pakai Sunnah Jamaah..Kalau Ade Syiah..Sunni Dgn Kurdi..Mampus Belah,Tah Ape Agama La Yang Kau Masuk..~Orang Yang Tiada Pendirian Kata Saidina Ali Ialah Orang Yang Tidak Mengenali Siapa Diri Dia Sendiri..Mereka Yang Tidak Mengenali Diri Sendiri Sama Seperti Tidak Mengenali Siapa Tuhannya..~Kalau Kata Prof. Ungku Aziz..Perbuatan2 Mereka Yang Tidak Mempunyai Pendirian Sama Seperti Mencurah Air Ke Daun Keladi..~

    BalasPadam
  14. haaa..tu dah mengata kat aku dah tu..(kata tah agama mana nak masuk) kira dah berdosa dah tu....kata tau agama...
    kalau nak nasihat orang jangan mengata benda yang tak jelas..berdosa bro...aku tak taulah kalau kau mengata kat orang kira tak berdosa...

    BalasPadam
  15. kau ni ustaz ke atau baru nak setat..

    BalasPadam
  16. Dah Terang Ada Tulis "Kalau"..~Kalau Itu Boleh Di Ertikan Juga Sebagai "Mungkin"..Tengah2..Boleh Jadi Ya..Boleh Jadi Tidak..Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas..Kenyataan Itu Dah Boleh Nak Tunjukkan Diri Kau..Ada Pendirian Ke Tidak..Setakat Ni Seperti Tidak Ada Lagi Kelihatannya..

    Bila Di Tegur..Kau Bahan Aku Balik..Bila Dinasihat Dengan Elok Siap Bagi Ayat Al Quran Siap Di Huraikan Kau Cari Salah Silap Aku..Bila Di Maki Sikit..Pun Kau Cakap Aku Macam2..Tidak Perlu Jadi Ustaz Nak Nasihat Orang..Ustaz Tu Sekadar Title..Ko Ingat Kat Akhirat Allah Ade Peduli Title Kau Tu Ape?Semua Dia Akan Persoal Kan..Kalau Allah Tanya.."Fulan Bin Fulan Ni Kawan Kau..Dia Buat Salah..Di Katanya Kau Tidak Pun Menasihati Dia.."<-- Kau Nak Jawab Ape?At Least Kalau Kau Dah Nasihat..Allah Tanya..Kau Jawab La "Aku Telah Nasihat..Namun Dia Tidak Mahu Mendengarnya Malah Aku Di Hinanya Ya Allah" Kan Sedap Pulak Bila Allah Jawab.."Maka Kau Ambillah Pahalanya Jika Ada Atau Kau Berikan Dosamu Padanya Andai Tiada Pahalanya.." Apa Yang Aku Cakap Ni Benda Basic La..Time Aku Darjah 4 Aku Dah Blaja Kat Sekolah Agama..Orang Je Yang Tidak Mahu Mengerti..Lupa Itu Adalah Petanda Apa Yang Di Belajarnya Itu Tidak Di Fahaminya..Kalau Seorang Bapa..Nak Nasihat Anak Dia..Tiba2 Fikiran Dia Mcm Kau.."Aku Bukan Ustaz Ni..Watpe Nak Nasihat..Lantakkanlah..~" Itu Yang Ada Anak2 Hanyut..Cantik Je Hanyut..~ Mengata Orang Yang Berdosa Ialah Mengumpat... Mengumpat Itu Mengata Di Belakang Orang..Kalau Aku Tau Nama Kau..Aku Kenal Kau..Aku Kenal Kawan Kau..Aku Citer Kat Kawan Kau Hal2 Buruk Kau..Kau Tiada Di Situ..Itu Berdosa..Dan Kau Tidak Tahu Pon Aku Mengata Kau..Tau2 Orang Ramai Dah Kecoh..Ini Sekarang Aku Cakap Secara Direct Kat Kau..Antara Kau Je Nak Terima Atau Tidak Ape Aku Cakap..Kalau Betul..Kau Terima La Sebagai Nasihat...Kalau Tidak..Nyatakan Apa Yang Betul..Tegakkan Pendirian Kau..Ini Tidak.. Bila Kena..Niat Di Hati Memang Tersirap Marah Nya..Maka Kau Pon Bagi La Balik..Bagi Orang Panas..Sembang2 Mcm Ni La Yang Sampai Kiamat Tidak Ada Penyudah..Aku Tidak Juga Kata Aku Ni Pandai Agama..Aku Sampaikan Apa Yang Aku Tau.. Kalau Kau Tau Apa Yang Aku Tatau..Tidak Salah Kalau Kau Pun Nasihatkan Aku Kan??Aku Pun Manusia Yang Buat Silap..Insan Yang Bagus.... Beriman..Boleh Menegur Dan Boleh Ditegur..Itu Baru Asas Iman Sahaja..Dan Itu Memadailah.. Sabda Nabi SAW: "Sampaikanlah Walau Sepatah Ayat Pun Yang Kamu Tahu..Semoga Ianya Membawa Manfaat Bersama.."

    BalasPadam
  17. hebat kau syukri...nasihat kau menusuk kalbu...aku bukan perli dan maki kau....jangan mudah terasa. sensitif sangat hang niii...
    aku akan jadikan nasihat kau tu sebagai panduan hidup aku... semoga Allah murahkan rezeki kepada Anderiy sukri kervalichenko...nama macam bukan orang malaysia aja..
    Pada pandangan saya kau perlu kawal kemarahan kalau nak maju lagi kedepan...bahasa pun kena lembut sikit..

    BalasPadam
  18. puju sikit....kembang hidung dan...(....)terus senyap...

    BalasPadam
  19. Aku tak nak komen apa sebab puak puak UMNO nih bukannya tau apa. Semua buta pekak dan tuli sekaligus.

    Elok ludah kahak jer kat puak puak nih.

    Khhhaaaaaqqq ptuuuiiihhh.....

    BalasPadam
  20. Untuk Tanpa Nama..Terima Kasih Atas Nasihat Kau.. Akan Aku Ingat Itu..Laa..Aku Senyap Bukan Pasal Di Puji Ke Kembang Ke..Tidak..Dah Tentu La Tadi Aku Tidak Online..Itu Satu Kelemahan Kau Yang Aku Nampak La..Bukan Nak Mengata..Kau Cepat Membuat Persepsi Terhadap Orang..Hati2 Bro..Takut Ada Yang Tersinggung Susah..Sempena Ramadhan Yang Bakal Tiba Ni..Aku Mohon Maaf Andai Menyinggung Hati Kau..Dan Juga Pembaca Pembaca Yang Lain.. Sempena Ramadhan Ni Elok Buang Lah Sentimen Parti2 Ni..Kan Molek Berpegang Pada ISLAM..Kita Bersatu..Bulan Yang Baik Untuk Bermula Dengan Beribadah Secara Jemaah..Mudah Mudahan Kita Semua Di Beri Pedoman Petunjuk Dan Hidayah Dari Allah..Sekian Untuk Semua..Wallahualam..Maassalamah.. Walhidayah..Untuk Tanpa Nama Dan Semua Pembaca Serta Seluruh Umat Islam..Assalamualaikum Warohmatullah Hi Wabarokatuh....~

    BalasPadam
  21. hoi..pemburu syahid..air liur yang kau ludah tu kena kat muka bapak kaulah...eeeeee....gelinya....nyanya bapak kaukan....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive