Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 20, 2009

Koroner arah siasat surat misteri - Inkues Teoh Beng Hock


SHAH ALAM – Peguam pemer:hati keluarga Teoh Beng Hock menggemparkan Mah�kamah Koroner di sini, semalam apab:ila memberitahu menerima sepucuk surat misteri berkaitan prosiding inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Gobind Singh Deo memberitahu, surat bertarikh 5 Ogos lalu mengandungi beberapa maklumat signifikan berhubung inkues diterima semasa meninggalkan mahkamah selepas prosiding Selasa lalu selesai dan memohon supaya siasatan dijalankan.

Salinan surat itu juga ditunjukkan kepada peguam Tan Hock Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abbaszafree Mohd Abas yang mengendalikan prosiding inkues. Surat itu berserta sampulnya juga diserahkan kepada Koroner Azmil Muntapha Abas.

“Saya membuat permohonan supaya Koroner mengarahkan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal menjalankan siasatan terhadap isi kandungan surat. Saya percaya Koroner mempunyai kuasa untuk berbuat demikian,” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Kerajaan Selangor dan tidak dibantah Hock Chuan yang berkata, tujuan mereka adalah untuk membantu mahkamah sehingga penghujung prosiding inkues.

Hock Chuan yang mencadangkan polis diberi masa untuk menyiasat perkara itu, bagaimanapun memohon supaya Azmil Muntapha mengeluarkan peri:ntah sekatan kepada media supaya siasatan tidak diganggu.

Azmil Muntapha yang meneliti surat itu membenarkan permohonan Gobind dan memerintahkan siasatan berhubung kandungan surat itu dilakuan.

Surat itu juga tidak ditandakan sebagai barang bukti tetapi direkodkan di mahkamah.

Azmil Muntapha menetapkan prosiding inkues disambung Isnin depan dan berharap dapat melihat bukti baru.

Sementara itu, Gobind diserbu wartawan sebaik prosiding inkues tamat enggan memberi sebarang komen terhadap surat itu, termasuk pertanyaan sekiranya nama ahli politik disebut dalam surat yang mempunyai kepala surat itu. Beliau hanya berkata:

“Seseorang menghampiri saya di luar mahkamah semalam. Terdapat lima muka surat dan ia ditaip. Saya minta maaf kerana tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya akan beritahu jika boleh.”

Prosiding inkues diadakan selepas Beng Hock ditemui mati di koridor Tingkat Lima Plaza Masalam, di sini, 16 Julai lalu.

Mendiang ditemui mati selepas 10 jam disoal siasat Suruhanja:ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive