Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 05, 2009

Penduduk Kg Buah Pala Ditawar Rumah Teres Di Kawasan Berkenaan




PULAU PINANG, 4 Ogos (Bernama) -- Pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd Selasa bersetuju untuk menawarkan penduduk kampung berkenaan dengan sebuah rumah teres bagi setiap rumah yang dirobohkan di kawasan kampung itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tawaran itu dikemukakan mereka dalam perbincangan antara kerajaan negeri, pemaju dan penduduk kampung berkenaan malam ini.

"Selepas mengadakan perbincangan, pemaju bersetuju memberi sebuah rumah teres dan ini adalah tawaran yang terbaik diberikan pemaju kepada penduduk kampung berkenaan.

"Bagaimanapun, penduduk kampung belum buat sebarang keputusan dan mereka minta tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi jawapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan itu di pejabatnya di Komtar di sini malam ini.

Lim bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai tawaran itu dan berharap ia akan diterima penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Sementara itu Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C.Tharmaraj berkata penduduk belum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran berkenaan dan mereka akan mengadakan perbincangan sebelum memberi jawapan kepada pemaju.

Bagaimanapun katanya penduduk tidak gembira dengan tawaran berkenaan kerana mereka hanya diberi gambaran mengenai rumah teres berkenaan secara lisan tanpa plan reka bentuk sebenar.

"Kami hanya dimaklumkan setiap rumah yang terlibat akan dapat sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi di kawasan berkenaan.

"Tetapi plan reka bentuknya dan maklumat lanjut tentang perkara itu tidak dimaklumkan dan rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang," katanya dan menambah dalam tempoh itu penduduk terpaksa menyewa sendiri di kawasan lain.

Rumah 23 keluarga di kawasan itu sepatutnya dirobohkan semalam tetapi dilanjutkan sehingga ke hari ini selepas penduduk kawasan itu gagal dalam rayuan mereka menghalang pemilik tanah berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, daripada membangunkannya.

Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh baru untuk penduduk kawasan itu berpindah dari kediaman masing-masing.



-- BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive