Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 19, 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh? | Nizar News


ABU HASAN

ALOR SETAR - Kedah mungkin menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil selepas Bukit Selambau di sini April lalu.

Kemungkinan pilihan raya itu berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail memberitahu, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, kerusi yang disandang Abu Hasan akan menjadi kosong apabila beliau tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

"Kami telah memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Terserah kepada SPR untuk membuat sebarang keputusan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi

kosmo


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

4 ulasan:

  1. ape masalah dun ni tak hadir sidang dun? tak sihat atau ada sebab lain!

    BalasPadam
  2. Umno jenis bebal ni..... Tak boleh terima kekalahan. Dia heran pasai apa orang melayu tolak Umno. Pada dia, Umno ni parti maksum. Orang melayu tak boleh tak sokong. Umno ni parti hebat, tiada siapa yang boleh sentuh. Macam orang arab jahiliah menolak nabi muhammad. Assobiah melebihi agama islam itu sendiri. Arab jahiliah melaungkan muhammad pengkhianat bangsa, macam orang Umno melaungkan anwar dan nik aziz pengkhianat melayu. Sama aja bunyinya. Pikir2 lah sendiri.

    BalasPadam
  3. Rakyat dah pilih jangan la ponteng.. Kalau ada sebab mesti ada surat... Mana surat..??

    BalasPadam
  4. Negeri dah jatuh ke kerajaan lain. duit dah tak banyak yang boleh masyuk, sebab tu ponteng. Buat apa aku nak jaga rakyat, pi mampuslah korang semua.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive