Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 23, 2009

SPR Ubah tiang gol lagi. | Nizar News



Sebut pasal kekosongan sesuatu kerusi DUN atau Parlimen, sekarang ini timbul berbagai persoalan yang agak mengelirukan rakyat. Dari dulu hinggalah kepada PRK 12 lalu, kita tidak mnghadapi banyak masalah kalau sebut pasal kekosongan kerusi didalam sesuatu DUN kerana amalan yang berlaku selama ini adalah speaker mngisytiharkan kerusi sesuatu DUN atau Parlimen kosong, maka SPR mengumumkan suatu PRK akan diadakan, termasuklah tarik mnamaan calon dan tarik mengundi dalam masa tidak lebih 60 hari dari kekosongan.

Tetapi mutakhir ini sejak selepas PRU 12 dan sejak krisis yang berlaku di Perak dimana speaker mengisytiharkan 3 kerusi DUN di Perak kosong kerana ADUN melompat parti dan telah menandatangani surat pelepasan jawatan ADUN , tetapi tidak diterima oleh SPR.

Kalau dulu SPR hanya tentukan tarikh PRK dan tarikh mengundi, tetapi selepas peristiwa di Perak, ketentuan kosong atau tidak kerusi ADUN itu tidak ditentukan oleh speaker lagi, tetapi oleh SPR.

Rakyat sudah mula pening, sebab siapa sebenarnya yang mengawal SPR sekarang, kalaulah benar analogi yang dibuat oleh banyak pihak bahawa SPR sudah lama menjadi komponen BN yang ke 16, tak tahulah ana , mungkin SPR boleh buktikan sebaliknya.

Sekarang ini timbul pula satu lagi kekeliruan didalam menentukan kosong atau tidak kerusi ADUN ,kalau di Perak SPR kata mereka saja yang boleh tentukan kekosongan sesebuah kerusi ADUN, apabila peritiwa di Kota Siputeh di Kedah, maka sekali lagi rakyat pening bila SPR kata mereka tidak boleh buat keputusan dan terserah kepada AG untuk menetukan kekosongan tersebut, walaupun didalam peraturan mesyuarat DUN Kedah jelas menyatakan jika sekira seseorang ADUN tidak hadir sidang 2 kali berturut-turut tanpa memberitahu speaker, ia 'mandatory' hendaklah mengosongkan kerusi tersebut.

Ana rasa seandainya ianya berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat kes macam ini, sudah tentu sebelum speaker beritahu SPR pun, awal-awal lagi mereka sudah isytiharkan kerusi tu kosong dan perlu dibuat PRK semula.

Sebagai orang baru dalam politik tanahair, ana memang cukup keliru dengan sikap SPR ini, sekali kata speaker yang menetukan kekosongan ,mereka hanya jalankan pilihanraya, lepas itu bila yang terkena BN, maka mereka kata speaker tiada kuasa dan hanya SPR yang berhak tentukan kekosongan, tetapi kini bila berlaku lagi dan terkena kepada BN sekali lagi, mereka membuat dalih pula mereka tak berhak tentukan, hanya AG saja yang berhak tentukan kosong ke tidak.

Maknanya kalau terkena mata, dipejamkan, kalau terkena perut dikempiskan dan kalau nampak bola nak masuk gol, tiang gol diubah dan dipinda. Lepas ni apalagi alasan yang hendak dibawa kita pun tak tahu.

oleh Dr M. Hayati Othman (MP Pendang)


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

4 ulasan:

  1. biaqpila,...SPR lagi tahu,
    bukan mcm hangpa,..x mngaji, x tau apa2
    dok sengap2 di cerok nu.

    lagipun EXCO hangpa pun dh kluaq parti kerana dpt hidayah di bulan Ramadhan. :) Alhamdulillah

    Calon BN Pasti menang, Insyaallah
    Amin Ya ALLAH.

    Berdasarkan sumber dalaman PAS,...MB Kedah telah menyumbangkan duit untuk kempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir,..jika betul, rakyat Kedah harus bangkit menentang 'pencabulan dana negeri' ini!!!
    http://sd-malaysia.blogspot.com/2009/08/mengenai-calon-bn-apa-rakyat-permatang.html

    BalasPadam
  2. ini la demokrasi ala BN. Selagi ada juak2 pengampu selagi 2 la depa duk bekukok. Juak2 ni memang baghal dan bebal.

    BalasPadam
  3. Khas untuk malaysia.suarademokrasi,

    1) Adakah saudara salah seorang pembodek BN yang bertugas di SPR ???
    2) Benarkah SPR begitu telus dalam menjalankan tugas mereka tanpa mengikut arahan dari orang2 tertentu dalam BN ???
    3) Adakah ADUN yang lompat parti itu betul2 menjaga kebajikan dan kehendak pengundi2 dikawasannya itu atau semata2 untuk menjaga kepentingan dirinya sahaja ???
    4) Adakah saudara pasti yang tiada orang dari BN mengapi apikan ADUN tersebut untuk keluar parti ???
    5) Adakah saudara merupakan salah seorang ahli UMNO/BN yang dikenali dengan kepakarannya dalam bab2 memutar belitkan fakta yang benar ???
    6) Adakah saudara benar2 pasti yang calon BN itu tentu menang ???
    7) Apakah saudara terjun sungai apabila calon BN kalah kelak ???
    8) Mengapakah perkara2 yang dilakukan oleh pihak PR selalu sahaja dianggap salah dan haram oleh pihak BN walaupun hakikatnya perkara itu mendatangkan faedah dan kebaikan untuk rakyat ???
    9) Mengapakah perkara2 yang dilakukan oleh pihak BN selalu sahaja dianggap betul dan halal walaupun hakikatnya perkara itu tidak mendatangkan faedah dan kebaikan untuk rakyat ???
    10) Mengapakah pihak2 dan agensi2 kerajaan yang sepatutnya bersikap adil,jujur dan telus dalam berkhidmat untuk rakyat serta tidak memihak kepada mana2 parti bersikap berat sebelah dan memihak kepada BN sahaja ???

    Ini adalah serba sedikit soalan yang rakyat dan pembaca hendak jawapannya dari saudara yang begitu taksub dengan UMNO/BN. JAWAP JANGAN TAK JAWAP...

    BalasPadam
  4. SUARA DEMOKRASI YANG GILEKAN 1MALAYSIA.........
    ingatlah.....
    hanye orang yang bernafsu aje yang keluaq PKR sempena bulan RAMADHAN nie.......
    lgpun ape yang ade kat KEDAH selama 50 tahun UMNO pegang KEDAH........
    NOTHING..........
    BERNAS yang hak bangsa MELAYU pun jatuh kat CINA sebab 1MALAYSIA.........
    fikir2xkan...........
    masih ade peluang...........
    takbir3x.........

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive