Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 14, 2009

Tangguh pilihan raya Permatang Pasir


SHAH ALAM - Pas mencadangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ditangguhkan berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang semakin membimbangkan ekoran peningkatan jumlah kematian dari sehari ke sehari.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, satu persefahaman dengan parti politik yang bertanding pada pilihan raya itu perlu diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendapat persetujuan penangguhan itu.

Beliau berkata, kerajaan juga harus bertindak segera dengan mengisytiharkan darurat bagi membuka laluan kepada tindakan luar biasa seperti penangguhan pilihan raya.

“Dalam keadaan ini, Pas mengutamakan kepentingan rakyat, SPR perlu mengambil pendekatan tegas dengan mencadangkan penangguhan pilihan raya Permatang Pasir bagi mengelakkan wabak tersebut menular.

“Apa guna jika pilihan raya diadakan jika orang ramai tidak akan membuang undi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, SPR menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 17 Ogos ini, manakala hari pengundian jika ada pertandingan akan berlangsung pada 25 Ogos.

Mahfuz yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Permatang Pasir berkata, penangguhan itu mungkin melanggar peraturan pilihan raya, namun ia dibolehkan sekiranya mendapat persetujuan parti politik selain pengisytiharan darurat oleh kerajaan.

Menurutnya, semua organisasi kerajaan harus digembleng supaya dapat bertindak secara menyeluruh.

“Seperti mana yang saya cadangkan sebelum ini, satu sidang Parlimen Khas perlu diadakan segera bagi membincangkan masalah ini, semua pemimpin termasuk Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang membincangkan masalah ini.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu merangka mekanisme khusus untuk mencari penyelesaian yang ada susulan dari penularan penyakit ini yang sudah berada pada tahap yang membimbangkan ini,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive