Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 05, 2010

Hantar Jemputan Debat Ke PWTC

YUSMAWATI MHD YUSOF

KUALA LUMPUR, 4 MAC - Kecewa dengan tindakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mengoyakkan surat jemputan Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu, mereka tanpa gentar menghantarnya semula ke Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin, mereka menyerahkan surat jemputan tersebut di kaunter ibu pejabat parti pemerintah itu.

Tindakan itu bertujuaan memanjangkan cabaran debat yang dianjurkan seketrariat berkenaan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican dan Presiden parti itu, Najib Razak.

Badrul berkata, ia sebagai usaha menyelesaikan pelbagai kemelut dan serangan membuta tuli Pemuda Umno dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke meja rundingan gagal berikutan tindakan biadap Norman.

“Malangnya, setelah kita hantar surat dan sebagainya kita amat tidak boleh menyembunyikan rasa kecewa kita terhadap pemuda Umno Pulau Pinang apabila mereka mengoyakkan surat jemputan atau pelawaan debat kami.

“Sebagai sebuah parti yang yang mempunyai sejarah yang panjang, kita menyimpan sedikit hormat kepada Umno, sewajarnya ketua pemuda Umno Pulau Pinang tidak boleh bertindak sedemikian rupa. Dia tidak megambarkan wajah yang cuba dibayangkan Presiden (Umno), Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat jemputan berkenaan.

Hadir sama Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Rizal Amin.

Bulan lalu sekretariat berkenaan menghantar surat jemputan kepada tiga individu iaitu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan; Presiden Dewan Pernigaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan Presiden GPMS, Jais Abdul Karim.

Bukan sahaja gagal memberi sebarang respon, malah lebih biadap Norman bertindak mengoyakkan surat tersebut di hadapan media.

Debat perdana rakyat 2010 bertajuk ‘Isu Melayu-Islam Pulau pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ dijadual berlangsung pada 7 Mac ini di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Mengapa mereka tiga orang? Kerana mereka adalah orang yang paling lantang kedepan dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut. Jika benar kami juga memerlukan fakta itu untuk kami perbetulkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tetapi kita harapkan mereka tidak menikus dan hanya berani dalam media arus perdana milik mereka, namun bila ajak berdebat secara matang dan bijaksana mereka gagal hadir ia amat memalukan sekali,”katanya.

Badrul berkata, debat yang mendapat kerjasama penuh dari kerajaan negeri ini tetap diteruskan dan pimpinan utama Pulau Pinang Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

“Kami kerajaan yang memerintah negeri Pulau Pinang mempelawa dengan baik..ayuh kita hulur tangan kita sama bincang bina negeri Pulau Pinang yang sejahtera untuk rakyat,”katanya.
tvs





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive