Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 10, 2010

Hebatnya jurutera DBKL


DUA buah kereta tenggelam akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hebatnya jurutera DBKL, dah bertahun-tahun banjir kat situ baru la ni nak dapat tau punca.Mendalam betul kajian yang hangpa buat,mengalahkan kedalaman longkang-longkang di ibukota.

Ingatkan longkang saja boleh tersumbat,otak manusia pun boleh tersumbat bila hujan turun.

Hebat..hebat..masalah tahun 2004 baru sekarang dapat tau punca.

Baca kat sini

Tahun 2009 pun ada kat sini.


DBKL kenal pasti punca - Kosmo 10 Mac 2010


Oleh MOHD. DZULRAINI IMMERAN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenalpasti punca banjir kilat yang kerap berlaku di bawah landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Chan Sow Lin di sini setiap kali hujan lebat dan tindakan menanganinya sedang diambil.

Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusup berkata, saliran air yang terhalang oleh paip pembetungan di lokasi itu telah menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.

"Keadaan ini menyebabkan air naik setinggi satu meter dalam masa yang singkat setiap kali hujan lebat dan bagi mengatasinya, jurutera kami sedang mengambil tindakan memperbaiki sistem saliran yang tersumbat itu.

"Kami berusaha sebaik mungkin bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

kosmo





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive