Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 10, 2010

PAS lancar misi tawan 12 lagi DUN di Selangor



KUALA LUMPUR, 10 Mac — PAS Selangor yang bertanding di 20 kerusi dua tahun lalu akan melancarkan misi menawan 12 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, Jumaat ini.

Program itu diadakan sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pakatan Rakyat memimpin Selangor — gandingan PAS, DAP dan PKR dengan memperoleh 36 kerusi pada 8 Mac 2008.

Daripada 36 kerusi itu lapan disumbangkan oleh PAS.

“Sempena ulang tahun kedua pemerintahaan kerajaan Pakatan di Selangor, PAS Selangor akan menganjurkan program penerangan besar-besaran di kesemua 20 kerusi DUN yang ditandingi PAS dalam pilihan raya umum ke-12 lalu,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.

Kata beliau, usaha itu bertujuan memantapkan misi menawan 12 DUN yang PAS tewas pada pilihan raya umum lalu.

“Dan, memberikan isyarat kepada Umno khasnya bahawa PAS Selangor serius dalam mengambil alih kesemua baki kerusi yang dimiliki Umno di Selangor,” katanya.

Program ini akan dilancarkan di DUN Seri Serdang, Puchong pada Jumaat ini, diikuti dengan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 26 Mac.

Selain dua bahagian itu, kerusi yang PAS bertanding tetapi tewas ialah Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Jeram, Taman Templer, Dusun Tua, Paya Jaras, Morib dan Tanjong Sepat.

Program ini akan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali merangkap ahli Exco Kerajaan Negeri dan Adun Gombak Setia.

“Tujuan utama program ini adalah bagi menerangkan kepada rakyat darihal perkembangan dan kemajuan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang turut dianggotai PAS,” katanya.

Pakatan Selangor mengadakan sambutan ulang tahun kedua kelmarin dan Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat negeri kelmarin.

themalaysianinsider





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive