Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 06, 2010

Isu lompat parti : Kosongkan parlimen, segerakan pilihan raya - Zunar



Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Mewakili reformis seluruh Malaysia, jurucakapnya; kartunis Zunar menyeru agar rakyat membuat desakan ke atas setiap ahli Parlimen yang melompat parti baru-baru agar bertindak mengosongkan segera parlimen tersebut bagi membolehkan pilihan raya kecil dibuat.

Sambil menyifatkan tindakan melompat parti sebagai langkah pengecut, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee S M Anwar Ulhaque berkata, sikap melompat itu adadalah suatu bentuk pengkhianatan kepada para pengundi sebelum ini.

"Para pengundi yang telah membuang undi mereka dalam pilihan raya umum sebelum ini, telah meminta wakil rakyat itu melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

"Oleh itu kami cabar golongan ini agar bersikap 'jantan' dengan mengosongkan kerusi parlimen masing-masing bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Hanya dengan cara itu dapat dikembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukan sama ada tindakan mereka mendapat restu pengundi atau tidak," kata beliau dalam suatu kenyataan baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) turut membidas tindakan keluar parti sekali gus menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keluar parti oleh ketiga-tiga orang Ahli Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai, iaitu Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri, yang sekarang menjadi Ahli Parlimen Bebas.

"BBC melihat tindakan yang membelakangi mandat yang diberikan rakyat ini sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PR," kata Timbalan Pengerusi BBC Dr Abd Rani Osman dalam suatu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Adun Meru menyifatkan sikap ahli-ahli parlimen yang mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada PKR dan mahu bentuk 'barisan indipenden' bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba, sebaliknya hal itu berkemungkinan besar didorong oleh imbuhan kewangan.

"BBC percaya, bahawa sebab-sebab yang mereka berikan adalah alasan semata-mata bagi menutup kelemahan-kelemahan mereka sendiri," tambah Dr Abd Rani lagi.

Zunar, dalam kenyataannya sebelum ini, turut membariskan nama-nama reformis yang terlibat dalam gerakan ini, seperti Nasir Isa, Mohd Hamdi, Mohd Said, Badaruddin Ismail, Syed Baniamin Syed Baharuddin, Norzairi Jantan, Sow Hock Hin, Badrulhisham Mohd Hanafiah, Mohd Hafifudin, Nordin, Pospan Lingam Sinakanu, Abdul Rahman Hackeem, Zainal Misran (Enot), dan Haili Ahmad.

erapakatan





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive