Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 19, 2010

Jelajah penerangan sampai ke Baling


Wajah terbaru Pekan Baling

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

BALING – Daerah Baling menjadi destinasi ke 8 Urusetia Penerangan Negeri Kedah mengadakan taklimat perkembangan kerajaan negeri serta tayangan multimedia Bajet 2010.

Seperti daerah-daearh lain, agenda dan konsep adalah sama, namun ada kelainan di Baling, di mana majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli kuliah Maghrib dan seterusnya solat Isyak berjemaah.

Solat Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Imam Masjid Iboi, Ustaz Zawawi Ahmad, manakala kuliah Maghrib disampaikan oleh Ahli Majlis Daerah Baling yang juga merupakan bekas Imam masjid Parit Panjang, Ustaz Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Awang Lanai.

Daerah Baling begitu menitikberatkan pembangunan insan dikalangan penduduknya, di mana para peniaga pasar malam juga diarahkan untuk berhenti selama 15 minit bagi menunaikan solat Maghrib dan setiap hari Rabu, Majlis Daerah Baling menganjurkan majlis ilmu kepada orang awam yang dapat didengar oleh sekitar pecan Baling.

Selepas selesai menunaikan rukun Islam yang kedua itu, barulah agenda sebenar bermula, dimulakan dengan ucapan aluan Penolong Pegawai Daerah Baling (Bahagian Pentadbiran), Encik Muhammad Hasbullah Abdul Hadi.

Bagi pihak kerajaan negeri, taklimat telah disampaikan oleh Exco, YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad dan seterusnya penerangan disampaikan oleh Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Haji Zulkifli Yahaya.

Kerjasama daripada Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) daerah Baling amat menggalakkan, di mana semua Pengerusi serta Setiausaha MKK telah hadir bagi mendengar penjelasan mengenai perkembangan kerajaan negeri yang bakal mereka salurkan maklumat tersebut ke akar umbi.

wartakedah





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive